10/15/2011

...malar sakit perut!

Sepanjang minggu ni ja aku rasa sakit perut terus.. Hari isnin lalu, aku makan nasi goreng kampung..pergh!! tbaek dia letak lada..Banyak giler..terpaksa aku pontengn kelas petang coz memang tak larat sangat..

Then,ok sikit keesokkan harinya..Aku hentam pula NASI AMBENG join Kak Dayah and Lala, Sedap pula..Pastu petang tu juga perut ku dah mula rasa tak selesa..Sampai malam kot, rupanya member aku pun mengalami benda yang sama..Sah kami keracunan makanan..Tak mok lagi aku sentuh makanan tu!!

10/01/2011

...sharing is caring

Before aku masuk tidor ni, aku nak share sumting..


This way untuk aku pujuk hati yang tengah rawan ni..

1. Dengar lagu yang aku suka,pasang balik-balik,pasang dengan volume yang agak-agak gegendang telinga tu boleh tahan la.. owh semestinya kena pakai headphone kalau tak orang lain akan bengang..hehehe..dari tadi aku dengar lagu selena gomez..memang layan abis..dia kiut kn? hehe

2. I love cat..tak kisahlah kucing hidup ke or just in pictures..tengok kucing buat aku jadi geram,rasa nak je peluk-peluk..hehe..so aku akan smile bila tengok kucing. tak payah cari jauh-jauh, cari kt tempat pakcik Google sudah~~
not mine,ambik dari pakcik google..

3. aku terasa nak makan je..nak makan aiscream tapi da malam..ntah pe ntah..T__T

.......gud nite everyone. see u later..salam

....deep down in my heart

" What do you do when the only one who can make you stop crying is the one who is making you cry?"


i wanna cry..yes! memang nak nangis sangat-sangat time ni..ntah napa rasa macam pilu je hati ni..something happen? i also dont know..kalau tak ada orang lain dalam bilik ni dah lama kot nak nangis sampai teresak2,sampai susah nak bernafas,sampai kering airmata nak kuar..kalau malam ni hujan sure aku turun maen hujan and duduk kat cela sudut and nangis sepuas-puasnya..

Dari bosan tahap gaban aku jadi sedih sangat, rasa sebak je coz i miss him bad,i do..i have no way to tell how much i miss him..sumtimes rasa cam kesian je gan myself.. rasanya dah banyak kali remind "be strong gurl,everthing will be ok soon.." but still cant..

and now nak ingatkan balik..."Be strong girl,dont be stupid..shut up and please dont asking anymore,tired dengan soalan yang terlampau banyak jawapannya..be yourself for a while and think about who you are and who you want to be..u can do it girl.."

9/17/2011

....wanita dan pohan semalu

Salam.,.

Pada suatu hari, Rasulullah s. a. w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r. a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

  1. Pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
  2. Semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
  3. Semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
  4. Semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walaupun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil. Wahai kaum hawa jadilah seperti semalu.







4/22/2011

Sepetang Kami Di Tasik UTHM..

....macam dekat London je kan, saja berangan,heee


well, ceritanya bermula begini..pada suatu petang yang panas kami naik muak berdepan dengan buku-buku so kami pun jalan-jalan ke Tasik berdekatan dengan hostel.. Saja ambil angin luar..best sangat..otak pun dapat rehat "belajar sangat la konon.."

Ni rumate aku, pija namanya..heee


Duduk-duduk sambil cuci mata..Plan utama nak pancing ikan salmon..keli-keli tak main la...heee..
Jangan panas dengar,lek lok..ngee!



hahaha....huduh banget kan?? 
wait-wait, korang tak boleh komen lebih-lebih pulak!! heee.. 
*juling-juling si cantik manis..* kkakakaka..


This is the most beautifull picture..aku suka banget pic ni..
Pakai kamera cikai je..


Matahari tu nak terbenam dah..sangat cantik, tapi semester ni aku susah nak tengok matahari terbit dah..sobsob..




Hahaha..rasa cam hindustan pulak..nasib tak baring atas rumput..kakakak..tapi ayu juga aku duduk camtu kan? Prasan!! ngeeee...

NI pun tengah merenung masa depan..pilihan yang ada sekarang..nak stdy ke nak kawen?? heee..xdela! ni hanya eksen semata-mata..

4/21/2011

Memew Yg T'masuk Dalam Hp Aku..

Salah satu perangai aku bila jumpa haiwan comel yang manja ni.. Aku suka sangat ambik gambar memew..Mereka sangat comel (muka sangat geram)...


 yang ni kucing siam yang ada kat hostel...Tapi lepas beberapa hari gambar ni di ambil..dia tidak kelihatan lagi, mayb ada orang ambil dia kot..sobsob..

 Yang ni si Oci dan si Tun..Mereka ni sangat nakal..hehe..Dua-dua dah hilang, setahu aku si oci ni kena buang oleh adalah hamba Allah..sampai hati kan?..
 Okey ni si Anot..hehe, kucing ni mata dia besar sangat..masa ni dia tengah pregnant..sangat garang..hhuu
Kucing ni member aku punya, gammbar di ambil masa beraya di perak hari tu...nama tidak diketahui..

 yang ni kucing member aku punya rumate..dia tengah tidur so saja nak snap gambar dia..comel~~~
 yang ni bukan kucing..salah masuk entry..heeee..abaikan je..
hahaha...kucing ni comel sangat...tengok shape muka dia,kecik je..sangat comel..tapi garangnya mak oi..tak berani nak sakat dia..silap haribulan kena cakar..heeee

PEREMPUAN MMG BEGINI



Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andain lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

4/17/2011

Mari Menghilangkan Tension..


 Hari Sabtu dan Ahad di habiskan dengan merehatkan diri atas katil..Best!! tapi sakit badan doh..And then my rumate ajak ke Parit Raja. Saja jejalan katanya..

Tapi ntah kenapa kaki kami laju je tunggu bas yang arahnya ke BP mall...haha. Tujuan tidak diketahui. saja jalan-jalan..

Merehatkan badan dan menghirup udara segar!!...heeee

4/15/2011

Dinner Time..

Penat berdepan dengan tekanan sepanjang minggu. berdepan dengan pembentangan dan asgment yanng berlambak, kami habiskan dengan Dinner hari tu..sekadar datang memenuhi jemputan rakan sebenarnya..Tapi  sangat best, hilang tension dan sakit jiwa yang bkabung beberapa hari lepas..heh..

Tema nya Retro tapi aku memeng tak ada baju retro so aku pakai baju kurung je la..nak wat cam mana lagi kan..Dah janji nak datang so kena penuhi janji..



 Aku memang suka bergambar..no wonder bila banyak gambar yang aku ambil sendiri..heee


Ada artis lama datang tapi aku terlupalah namanya.. Hehehe..
Pipi aku semakin gemuk..ermmm, sobsob..

4/11/2011

Urghhhhh!!!!!

Now aku sekarang memamg sangat tension. Aku xtaulah kenapa ada juga manusia yang suka nak lepas tangan? Buat keja ala kadar je. Patutkah? Come la, dah besar and reti fikir baik dan buruk. Sedang bintang pun tahu tanggungjawap. 

Contoh, ibu burung pun bagi makan dengan anaknya yang masih kecil. SEE!! binatang pun tahu erti tanggungjawap. Ni lagi manusia, lebih-lebih lagi LELAKI. Terus terang aku cakap, tak payah kawin kalau bakal laki perangai gini..Datang study so buat cara nak timba ilmu. 

So pada sesiapa yang terasa tu, pepandailah fikir balik perangai korang ok. Aku pun tak baik sangat tapi aku bukan jenis nak lepas tangan dengan setiap tugasan. Malas-malas aku ni, tidur memanjang ja hujung minggu tapi aku tak suka buat keja ala kadar.

Aku bukan jenis cakap direct, face to face..sory lah..memang aku bukan jenis gitu, aku sakit hati memang aku tunjuk, nak cakap aku EMO? cakaplah, tak luak pun dengan aku. Kalau dengar aku merungut tu aku just luah rasa tak puas hati aku. Tapi TOLONGLAH, jangan buat sampai rasa geram aku ni bertukar rasa yang sangat teruk lagi. 

Sekali aku terkena, selamanya aku ingat dan selamanya aku akan terus waspada dan jangan la hapar yang aku akan percaya 100%..mayb 0.09% korang sure tak dapat. Up to u all nak cakap aku ni EMO, Pendendam or anything sebab aku tak ada masa nak ambil tahu terutama bila ia keluar dari mulut orang yang perangai lagi teruk.

4/09/2011

Tak Kenal Maka Tak Chenta..


Menghitung hari, detik dan waktu untuk balik ke Sabah di bawah bayu. Rindu sangat nak hirup udara kat Sabah. Adakala akan rasa nak marah jak orang yang suka nak mengutuk orang Borneo. Kadang tanya benda yang tak masuk akal, yang merujuk Sabah ni mundur sangat.. 
Tapi aku tetap sayang Sabah!!

Just be honest, masa 1st time aku datang sini.. Dekat dua bulan juga aku homesick, Bulan pertama nak biasakan diri dengan cuaca dan makanan, mana taknya..kat sini makanan pedas giler, aku memang tak tahan makan pedas. sikit-sikit tu boleh la...Kat sini subuh sekitar pukul 6, kat Sabah kul 5 lebih..Hari-hari bangun awal duduk tepi tingkap, menanti bila matahari nak muncul..hahah...

Bulan kedua nak biasakan diri dengan insan-insan di sekitarnya..Ada yang berlagak, sombong dan seumpama dengannya. Terus terang aku kata, memang aku menyampah gila. Bahasa lagi jadi satu isu..tekanan nak mampus..

Setiap hari aku sampai bilik, memang aku akan merungut. Ada jak benda aku nak complen, tapi ada insan yang baik hati selalu ingatkan aku, "jangan benci-benci, nanti suka.." then start dari tu aku jarang complen..heee..Takut suka then tak mok balik Sabah lagi..heee

Tapi bila kita dah kenal dan tahu hati budi masing-masing, baru kita tahu mereka tu bukan jahat pun dan juga bukan sombong malah sangat baik hati. Orang kata tak kenal maka tak cinta, memang benar peribahasa tu.. Aku senang berkawan dengan dorang..

Aku juga masih belajar untuk kikis perangai aku yang suka merungut dan assume orang ikut suka-suki aku..
At least aku pergi jauh-jauh dari sabah, aku dapat banyak pengalaman dan kawan..Ada hikmah dari setiap kejadian..Still belajar untuk selalu fikir positif..kan aku masih anak kecil..heeee

Exam nak dekat tapi aku lagi sibuk fikirkan balik kampung..Tak sabar nak tidur atas katil sendiri.. Miss my hometown... =(


4/03/2011

3/15/2011

Telah Tersurat Dalam Al-Quran Tsunami Melanda Jepun



1. Tarikh yg berlaku adalah pada  11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah or 6/4/1432.
2. so dengan tahun 1432 di pecahkan 14 || 32.
3. Jawapanya Jujuz ke 14 Quran.
4. Dan bulan 4. 

Rahsia  angka tahun ini :  Jujuz 14 Ayat Quran ke 4. 
 Rujuk di Quran. 

1. Jujuz 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke  4 dari surah AL Hijir menyatakan
 "Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya". 

2. Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Seedai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138)
 so dlm 1432, 14 dh di ketahui Jujuz Al Quran. maka yang di pecahkan 14 || 32 so di pecahkan lagi 3|2 ,so now secret no adalah 3. 
 di ambil pula lokasi latititude dan longitude. 
 3+6+1+3+8 = 21
so next 2+1 = 3
proved *. yg di maksudkan dengan no 3 adalah negara jepun. 
Dan di dalam jepun jugak terdapat banyak wilayah.. maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38'15 dan Longtitude 140'53
 makan 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30 
so next 3+0 = 3. 
*proved wilayah yang tuhan maksudkan dgn angka 3 adalah Wilayah Seedai di Jepun. 

3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6
 msa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia.. gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun.. 
 so 1+4+4+6 =15 
so next 1+5 = 6
*proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku. 

4. Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14||32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1||4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. so angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat. 

5. Lihat.. betapa benarnya ayat al quran. segala yang  di nyatakan tetap berlaku. walaupun suduh berabad kitab Quran di turunkan. 

6. Walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun.. Al-Quran tetap bagi sepanjang zaman. 

7. Di percayai banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat di ketahui di dalam tarikh ini. namun sekadar ini pun telah membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulia Al-Quran. dan segala yang di ungkapkan di dalamnya

8. WauAllahhu Allam. 

P/S : Di persilakan untuk share. bg mengingati kite kembali tentang segala perkara yang terkandung di dalam Al-Quran adalah benar buat selamanya. mahupun di dunia atau pun akhirat. 

Happy Time

Air yang mengalir sungguh sejuk..best!! windu nak mandi air yang mengalir dari air terjun.. Kat Sabah selalu juga bila balik Keningau tempat my dad, air dia sejuk sangat~~~


yang  ni makanan bekfest aku.. ok,jangan la simpati sangat dengan aku  bila aku cakap bun and telur tu 1st aku rasa..sangat sedap!!!!

 
okei!! ne rakan-rakan seperjuangan yang bersama-sama naik gunung hari tu..semua muka ceria, coz baru pas abis bekfes.. (> <) y

 kami berjaya naik gunung tapi sebenarnya baru kaki gunung la..hehhee..Tapi ok apa? at least ada daki juga..

Dengan hikmah kita meneroka!!!