4/22/2011

Sepetang Kami Di Tasik UTHM..

....macam dekat London je kan, saja berangan,heee


well, ceritanya bermula begini..pada suatu petang yang panas kami naik muak berdepan dengan buku-buku so kami pun jalan-jalan ke Tasik berdekatan dengan hostel.. Saja ambil angin luar..best sangat..otak pun dapat rehat "belajar sangat la konon.."

Ni rumate aku, pija namanya..heee


Duduk-duduk sambil cuci mata..Plan utama nak pancing ikan salmon..keli-keli tak main la...heee..
Jangan panas dengar,lek lok..ngee!



hahaha....huduh banget kan?? 
wait-wait, korang tak boleh komen lebih-lebih pulak!! heee.. 
*juling-juling si cantik manis..* kkakakaka..


This is the most beautifull picture..aku suka banget pic ni..
Pakai kamera cikai je..


Matahari tu nak terbenam dah..sangat cantik, tapi semester ni aku susah nak tengok matahari terbit dah..sobsob..




Hahaha..rasa cam hindustan pulak..nasib tak baring atas rumput..kakakak..tapi ayu juga aku duduk camtu kan? Prasan!! ngeeee...

NI pun tengah merenung masa depan..pilihan yang ada sekarang..nak stdy ke nak kawen?? heee..xdela! ni hanya eksen semata-mata..

4/21/2011

Memew Yg T'masuk Dalam Hp Aku..

Salah satu perangai aku bila jumpa haiwan comel yang manja ni.. Aku suka sangat ambik gambar memew..Mereka sangat comel (muka sangat geram)...


 yang ni kucing siam yang ada kat hostel...Tapi lepas beberapa hari gambar ni di ambil..dia tidak kelihatan lagi, mayb ada orang ambil dia kot..sobsob..

 Yang ni si Oci dan si Tun..Mereka ni sangat nakal..hehe..Dua-dua dah hilang, setahu aku si oci ni kena buang oleh adalah hamba Allah..sampai hati kan?..
 Okey ni si Anot..hehe, kucing ni mata dia besar sangat..masa ni dia tengah pregnant..sangat garang..hhuu
Kucing ni member aku punya, gammbar di ambil masa beraya di perak hari tu...nama tidak diketahui..

 yang ni kucing member aku punya rumate..dia tengah tidur so saja nak snap gambar dia..comel~~~
 yang ni bukan kucing..salah masuk entry..heeee..abaikan je..
hahaha...kucing ni comel sangat...tengok shape muka dia,kecik je..sangat comel..tapi garangnya mak oi..tak berani nak sakat dia..silap haribulan kena cakar..heeee

PEREMPUAN MMG BEGINI



Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andain lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

4/17/2011

Mari Menghilangkan Tension..


 Hari Sabtu dan Ahad di habiskan dengan merehatkan diri atas katil..Best!! tapi sakit badan doh..And then my rumate ajak ke Parit Raja. Saja jejalan katanya..

Tapi ntah kenapa kaki kami laju je tunggu bas yang arahnya ke BP mall...haha. Tujuan tidak diketahui. saja jalan-jalan..

Merehatkan badan dan menghirup udara segar!!...heeee

4/15/2011

Dinner Time..

Penat berdepan dengan tekanan sepanjang minggu. berdepan dengan pembentangan dan asgment yanng berlambak, kami habiskan dengan Dinner hari tu..sekadar datang memenuhi jemputan rakan sebenarnya..Tapi  sangat best, hilang tension dan sakit jiwa yang bkabung beberapa hari lepas..heh..

Tema nya Retro tapi aku memeng tak ada baju retro so aku pakai baju kurung je la..nak wat cam mana lagi kan..Dah janji nak datang so kena penuhi janji..



 Aku memang suka bergambar..no wonder bila banyak gambar yang aku ambil sendiri..heee


Ada artis lama datang tapi aku terlupalah namanya.. Hehehe..
Pipi aku semakin gemuk..ermmm, sobsob..

4/11/2011

Urghhhhh!!!!!

Now aku sekarang memamg sangat tension. Aku xtaulah kenapa ada juga manusia yang suka nak lepas tangan? Buat keja ala kadar je. Patutkah? Come la, dah besar and reti fikir baik dan buruk. Sedang bintang pun tahu tanggungjawap. 

Contoh, ibu burung pun bagi makan dengan anaknya yang masih kecil. SEE!! binatang pun tahu erti tanggungjawap. Ni lagi manusia, lebih-lebih lagi LELAKI. Terus terang aku cakap, tak payah kawin kalau bakal laki perangai gini..Datang study so buat cara nak timba ilmu. 

So pada sesiapa yang terasa tu, pepandailah fikir balik perangai korang ok. Aku pun tak baik sangat tapi aku bukan jenis nak lepas tangan dengan setiap tugasan. Malas-malas aku ni, tidur memanjang ja hujung minggu tapi aku tak suka buat keja ala kadar.

Aku bukan jenis cakap direct, face to face..sory lah..memang aku bukan jenis gitu, aku sakit hati memang aku tunjuk, nak cakap aku EMO? cakaplah, tak luak pun dengan aku. Kalau dengar aku merungut tu aku just luah rasa tak puas hati aku. Tapi TOLONGLAH, jangan buat sampai rasa geram aku ni bertukar rasa yang sangat teruk lagi. 

Sekali aku terkena, selamanya aku ingat dan selamanya aku akan terus waspada dan jangan la hapar yang aku akan percaya 100%..mayb 0.09% korang sure tak dapat. Up to u all nak cakap aku ni EMO, Pendendam or anything sebab aku tak ada masa nak ambil tahu terutama bila ia keluar dari mulut orang yang perangai lagi teruk.

4/09/2011

Tak Kenal Maka Tak Chenta..


Menghitung hari, detik dan waktu untuk balik ke Sabah di bawah bayu. Rindu sangat nak hirup udara kat Sabah. Adakala akan rasa nak marah jak orang yang suka nak mengutuk orang Borneo. Kadang tanya benda yang tak masuk akal, yang merujuk Sabah ni mundur sangat.. 
Tapi aku tetap sayang Sabah!!

Just be honest, masa 1st time aku datang sini.. Dekat dua bulan juga aku homesick, Bulan pertama nak biasakan diri dengan cuaca dan makanan, mana taknya..kat sini makanan pedas giler, aku memang tak tahan makan pedas. sikit-sikit tu boleh la...Kat sini subuh sekitar pukul 6, kat Sabah kul 5 lebih..Hari-hari bangun awal duduk tepi tingkap, menanti bila matahari nak muncul..hahah...

Bulan kedua nak biasakan diri dengan insan-insan di sekitarnya..Ada yang berlagak, sombong dan seumpama dengannya. Terus terang aku kata, memang aku menyampah gila. Bahasa lagi jadi satu isu..tekanan nak mampus..

Setiap hari aku sampai bilik, memang aku akan merungut. Ada jak benda aku nak complen, tapi ada insan yang baik hati selalu ingatkan aku, "jangan benci-benci, nanti suka.." then start dari tu aku jarang complen..heee..Takut suka then tak mok balik Sabah lagi..heee

Tapi bila kita dah kenal dan tahu hati budi masing-masing, baru kita tahu mereka tu bukan jahat pun dan juga bukan sombong malah sangat baik hati. Orang kata tak kenal maka tak cinta, memang benar peribahasa tu.. Aku senang berkawan dengan dorang..

Aku juga masih belajar untuk kikis perangai aku yang suka merungut dan assume orang ikut suka-suki aku..
At least aku pergi jauh-jauh dari sabah, aku dapat banyak pengalaman dan kawan..Ada hikmah dari setiap kejadian..Still belajar untuk selalu fikir positif..kan aku masih anak kecil..heeee

Exam nak dekat tapi aku lagi sibuk fikirkan balik kampung..Tak sabar nak tidur atas katil sendiri.. Miss my hometown... =(


4/03/2011