Showing posts with label Fikirkan. Show all posts
Showing posts with label Fikirkan. Show all posts

4/21/2011

PEREMPUAN MMG BEGINI



Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andain lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

4/11/2011

Urghhhhh!!!!!

Now aku sekarang memamg sangat tension. Aku xtaulah kenapa ada juga manusia yang suka nak lepas tangan? Buat keja ala kadar je. Patutkah? Come la, dah besar and reti fikir baik dan buruk. Sedang bintang pun tahu tanggungjawap. 

Contoh, ibu burung pun bagi makan dengan anaknya yang masih kecil. SEE!! binatang pun tahu erti tanggungjawap. Ni lagi manusia, lebih-lebih lagi LELAKI. Terus terang aku cakap, tak payah kawin kalau bakal laki perangai gini..Datang study so buat cara nak timba ilmu. 

So pada sesiapa yang terasa tu, pepandailah fikir balik perangai korang ok. Aku pun tak baik sangat tapi aku bukan jenis nak lepas tangan dengan setiap tugasan. Malas-malas aku ni, tidur memanjang ja hujung minggu tapi aku tak suka buat keja ala kadar.

Aku bukan jenis cakap direct, face to face..sory lah..memang aku bukan jenis gitu, aku sakit hati memang aku tunjuk, nak cakap aku EMO? cakaplah, tak luak pun dengan aku. Kalau dengar aku merungut tu aku just luah rasa tak puas hati aku. Tapi TOLONGLAH, jangan buat sampai rasa geram aku ni bertukar rasa yang sangat teruk lagi. 

Sekali aku terkena, selamanya aku ingat dan selamanya aku akan terus waspada dan jangan la hapar yang aku akan percaya 100%..mayb 0.09% korang sure tak dapat. Up to u all nak cakap aku ni EMO, Pendendam or anything sebab aku tak ada masa nak ambil tahu terutama bila ia keluar dari mulut orang yang perangai lagi teruk.

3/15/2011

Telah Tersurat Dalam Al-Quran Tsunami Melanda Jepun



1. Tarikh yg berlaku adalah pada  11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah or 6/4/1432.
2. so dengan tahun 1432 di pecahkan 14 || 32.
3. Jawapanya Jujuz ke 14 Quran.
4. Dan bulan 4. 

Rahsia  angka tahun ini :  Jujuz 14 Ayat Quran ke 4. 
 Rujuk di Quran. 

1. Jujuz 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke  4 dari surah AL Hijir menyatakan
 "Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya". 

2. Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Seedai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138)
 so dlm 1432, 14 dh di ketahui Jujuz Al Quran. maka yang di pecahkan 14 || 32 so di pecahkan lagi 3|2 ,so now secret no adalah 3. 
 di ambil pula lokasi latititude dan longitude. 
 3+6+1+3+8 = 21
so next 2+1 = 3
proved *. yg di maksudkan dengan no 3 adalah negara jepun. 
Dan di dalam jepun jugak terdapat banyak wilayah.. maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38'15 dan Longtitude 140'53
 makan 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30 
so next 3+0 = 3. 
*proved wilayah yang tuhan maksudkan dgn angka 3 adalah Wilayah Seedai di Jepun. 

3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6
 msa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia.. gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun.. 
 so 1+4+4+6 =15 
so next 1+5 = 6
*proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku. 

4. Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14||32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1||4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. so angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat. 

5. Lihat.. betapa benarnya ayat al quran. segala yang  di nyatakan tetap berlaku. walaupun suduh berabad kitab Quran di turunkan. 

6. Walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun.. Al-Quran tetap bagi sepanjang zaman. 

7. Di percayai banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat di ketahui di dalam tarikh ini. namun sekadar ini pun telah membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulia Al-Quran. dan segala yang di ungkapkan di dalamnya

8. WauAllahhu Allam. 

P/S : Di persilakan untuk share. bg mengingati kite kembali tentang segala perkara yang terkandung di dalam Al-Quran adalah benar buat selamanya. mahupun di dunia atau pun akhirat. 

3/13/2011

Wahai Si Gunung Lambak!!!

salam..


Hari ini aku penuhkan hariku dengan menemankan rumate aku derma darah tapi nasib tak menyebelahi dia. Jam 2 dah tutup?? awal giler..Sepatutnya aku pun nak derma juga tapi....


Esok aku kena bangun awal pagi sebab nak daki gunung Lambak kat Kluang..perghh!! memang aku teruja giler tahap gaban..sebab itulah aku batalkan niat nak derma darah...ngeee!


Tak tahulah kenapa aku excited giler, biasa bila member aku ajak keluar, aku dengan sopan akan menolak tapi tidak kali ni, aku lagi semangat ajak dorang, siap pujuk kot..ngeee!

Tapi, bila aku post je pasal ni..adalah makluk Tuhan tu, mengata bagai dia, dia cakap camne..


"lau nak jinak2 naik dulu..tak perlu lah gunung blkng pasar lambak tu...bukit botak ladang kelapa sawit pun dah cukup la..."


Then hati aku pun berbisik..mamat ni asal pulak? Terfikir sepatutnya dia bagi semangat dan sikit nasihat memandangkan dia dah daki Gunung Kinabalu (konon).. nie tak, nak mengata lagi adalah..Bila bangsa kita nak maju? Kalau kita sendiri yang merendah-rendahkan bangsa sendiri, bangsa lain lagi lah...


Bagi aku, orang yang begini sikapnya, belum matang dalam menjalani kehidupan. Bercakap sesedap mulut tanpa fikir akan kesannya. Mungkin dia sudah tua, pengalaman pun banyak tapi sayang dia tak belajar dan fahami nilai pengalaman tersebut. Moga dia diberi hidayah..


Biarlah dia, janji aku bahagia. tak kisah lah Gunung Lambak tu serendah mana, janji hujung minggu ni aku naik gunung!! ngeeee...!! minta aku tak semput, al-maklum aku ni ada asma..


Gunung Lambak!! nantikan kunjung ku..Dalam entry lain aku story pasal pengalaman pertama aku naik gunung..ok? heeee


...moga aku selamat tiba

3/11/2011

Aku Rapuh Mencintaimu...

....sekadar hiasan

kala ini hati ku berperang hebat..aku keliru antara kasih dan kebenaran, kasih yang ku belai dan hampir memakan diri, kebenaran yang aku sendiri tidak pasti akan benarnya.. ingin ku singkap namun tak pernah kesampaian lantaran hati takut menerima kebenaran yang sememangnya akan menyakitkan..

ku persembahkan padamu makna sebuah cinta dan rindu. Sebuah penantian yang tiada akhirnya, aku akur dengan uniknya cinta kita. ku bina kubu yang teguh untuk terus mempercayai cinta ini..

Tapi sampai bila harus aku sendirian yang membina tugu ini? Aku lelah untuk bertahan, resah mencengkam jiwa. Pengorbanan ku di persia begitu saja..

Bercinta itu sunggup mudah, jatuh cinta dan menyayangi seseorang. Tapi pengisian dalam cinta itu amat sukar demi mengekalkan keharmonian perhubungan. Cinta bukan semata-mata bersama si dia, tapi cinta juga memerlukan pengorbanan yang tak ternilai, kejujuran yang tiada tersembunyi dan kesetiaan yang tiada tandingnya..

cinta tak semestinya bersatu dan andai perpisahan kini yang terjadi aku redha. Apalah daya ku melawan takdir yang telah tersurat untukku..

3/06/2011

ku ingin kamu..

ku ingin kamu..


Cinta itu suatu keindahan, kedamaian dan kebahagiaan. Lantaran itu banyak insan yang mengejar cinta. Apa sebenarnya cinta? Pada aku cinta itu sungguh subjective yang boleh kita terjemaahkan dalam banyak makna.

Dalam bercinta juga kita perlukan sebuah kesetiaan dan kepercayaan, andai tiada suma itu maka tidak bermaknalah sebuah cinta. jadi mengapa perlu berahsia antara kita? Dimana nilai kepercayaan yang ada pada sang pencinta? andai sekelumit pun ia berikan, pasti aku sungguh bahagia..
ku ingin disampingmu

Pengalaman lalu membuatkan aku lebih takut untuk bercinta  dan sangat berhati-hati terhadap insan yang bernama lelaki. sampai suatu ketika aku rasakan seolah aku membenci lelaki, aku tiada apa yang tinggal hanya kerana seorang lelaki. seluruh jiwaku telah ku berikan,tiada apa yang tinggal andai dia tinggalkan aku..

Aku mungkin bukan sang pencinta sejati, aku mencintai dia apa adanya dan aku juga mengarapkan demikian. aku bukan manusia yang sempurna. Sampai bila aku harus bertahan?

akan kah berbaloi pengorbankan ku buat insan bernama lelaki yang bertahta di hati? 

sungguh, aku penat walaupun jauh di sudut hati aku sangat meyayangnya, sangat memerlukannya tapi sanggupkah ku biarkan diri seolah di permainkan? persoalan ini yang sering timbul di minda..

wahai lelakiku..bisa kah kau mengerti hati ini? gundahnya hati seorang wanita yang ingin dicintaimu. selamanya aku masih inginkan mu..


3/03/2011

Duka Sekeping Hati

duka sekeping hati
Kadang aku tabah untuk lalui semua dugaan ini, Tp kadang aku terasa seolah aku ingin mengalah dan berlalu. dunia seolah tak adil untuk aku. aku tak ada hak unutk mengatakan demikain, aku hanya insan kerdil yang hanya menumpang di bumi tuhan ini.

Satu  persatu masalah yang aku alami, semua seolah-olah menguji kekuatan hati ini. Ada ketika aku kuat tapi ada ketika aku lemah selemahnya..

Andai insan lain akan menangis dan bersedih dengan penyakit yang ayah aku lalui, tapi tidak aku..memang aku simpati denganya tapi untuk rasa sedih tidak..seolah tak akan lahir perasaan itu untuknya. Jangan tanya aku, kerana aku pun tidak tahu, ku tanya hati, dimanakah rasa sedih itu? kenapa air mata ini tidak mengalir?

Mereka kata yang aku ini menjauh, mereka silap,aku tidak pernah menjauh tapi ibubapa aku yang menjauh dari aku..aku kah yang salah? mereka kata aku berpelajaran jadinya aku kena lebih memahami..tapi mereka lupa akan kisah yang aku lalui, mereka tidak merasakan..katalah aku ini anak derhaka, tak kenang budi dan apa sahaja yang sekutu denganya..tapi kebenarannya, aku tak dapat lakukan sesuatu yang bukan lahir dari hati dan minda ku..

akukah yang keji sampai semua itu seolah salah ku? sedangkan mereka tidak pernah memahami sengsara dan duka ku...

2/27/2011

Akan Adakah Sinar Itu..

berikan aku sinar


Aku dihuni kebuntuan
aku hampir mengalah pada sebuah cabaran
aku hampir hilang akan arah tujuan..
aku hampir ketandusan akan semangat..

Seolah ada yang membisikkan kata itu..
"Jangan pernah mengenal erti putus asa.."
namun aku masih kaku..
otak seolah gagal berfungsi..
sukar untuk memahami dan menerima ia..

apa sebenarnya yang aku mahukan?
Ku tepuk dada,berfikir seketika akannya..
Namun gagal..

akankah aku tersungkur?
aku tidak ingin kalah sebelum bertempur..
semangat ini masih berkobar-kobar..
aku hanya butuh akan sinar..

ya Tuhan, berikan aku jalan..
berikan hatiku ketenangan
hembuskan padaku akan kekuatan
sesungguhnya ianya sangat kuperlukan

2/18/2011

Fikirkan Sejenak..


Minggu ini kami sungguh sibuk dengan ujian dan ia membuatkan aku cepat lupa akan keadaan disekelilingku..Tadi kawan berpesan padaku agar tunggu dia tapi aku betul-betul terlupa, aku tahu dia benggang, maaf sangat-sangat..aku tak sengaja. harap dia maafkan....sory my dear lala..

Esok kami ada ujian.. rasa berdebar sikit.. tapi tanpa kita sedari, kita sebenarnya berdepan dengan ujian yang maha hebat setiap hari..cuma kita jarang ambil tahu..

so aku biarkan kalian berfikir sejenak akan ujian yang kalian lalui hari ini...
apa yang penting bagaimana kita hadapi ujian itu, lakukan sebaik-baiknya kerana mungkin peluang itu tidak akan muncul lagi..

2/07/2011

Lihatlah duniamu...

salam...

Syukuri nikmat yang diberikan

Hari ini aku rasa semua serba tak kena..mata ja besar tapi lain yang ku tengok,lain pula yg ku cakap, lain yang ku cakap lain pula yang ku tulis.. mohon tuhan beri ketenangan buat hati ini..

Semalam Hati ini ingin beradu lebih awal dari biasa, tapi entah kenapa mindaku asyik berfikir tentang kehidupan yang aku lalui..penuh dengan kisah suka dan duka..andai ada masa terluang akan ku kongsikan dengan kalian..akan ku luahkan di ruangan yang sepi ini..


Kadangkala apa yang kita lakukan diluar sedar kita sampai kita terlupa insan disekililing kita..kita sibuk memikirkan kehendak diri..sibuk untuk memuaskan hasrat hati.. terlupa seketika bahawa manusia ini tidak pernah berasa puas andai dia tak reti untuk bersyukur..


menyukuri nikmat yang Allah berikan membuatkan kita lebih menghargai insan-insan dan kehidupan yang kita miliki..cuba renungkan apa yang ada pada anda sekarang, hargai ia sebelum ianya pergi tanpa sempat anda mengetahuinya..

2/03/2011

Salah itu..

Tadi dah nak tidur  tapi perut ni lapar, aku memang jenis tak dapat tidur kalau perut lapar..ni tengah makan biskut cheese,sapa nak? heee..

Balik pada tajuk di atas, ia buat aku berfikir panjang tentang sesuatu, tentang kehidupan yang kita sendiri tentukan..pernah tak dengar pepatah ni "belajar dari kesilapan" ? Mesti pernah dengarkan..hehe..

Kadangkala kita terlalu leka dengan kehidupan, leka dengan keseronokan, kemewahan sampai menganayai diri sendiri. Kita sibuk mengejar duniawi sampai kita lupa arah tujuan kita hidup,lupa akan janji Allah..hilang pedoman hidup sampai satu masa kita tidak kenal siapa diri kita sebenarnya..