Showing posts with label StuDenT LiFe. Show all posts
Showing posts with label StuDenT LiFe. Show all posts

10/08/2012

Datang awal pun kena marah?

Salam everyone..

Apa kabar semua? Lama sangat tak update entry, well it's not because busy but because i think to...to..ermm lupa dah sebab dia..sory my bad.. :)

ok, nak dijadikan cerita. Hari ni aku lah student yang paling baek sebab datang kelas awal 15min.. biasa memang aku la student yang datang  awal lambat 15 min..record aku pegang stakat ni aku datang lambat 45min yang mana 15min lagi nak abis kelas..hahaha *gelak jahat*

4/22/2011

Sepetang Kami Di Tasik UTHM..

....macam dekat London je kan, saja berangan,heee


well, ceritanya bermula begini..pada suatu petang yang panas kami naik muak berdepan dengan buku-buku so kami pun jalan-jalan ke Tasik berdekatan dengan hostel.. Saja ambil angin luar..best sangat..otak pun dapat rehat "belajar sangat la konon.."

Ni rumate aku, pija namanya..heee


Duduk-duduk sambil cuci mata..Plan utama nak pancing ikan salmon..keli-keli tak main la...heee..
Jangan panas dengar,lek lok..ngee!



hahaha....huduh banget kan?? 
wait-wait, korang tak boleh komen lebih-lebih pulak!! heee.. 
*juling-juling si cantik manis..* kkakakaka..


This is the most beautifull picture..aku suka banget pic ni..
Pakai kamera cikai je..


Matahari tu nak terbenam dah..sangat cantik, tapi semester ni aku susah nak tengok matahari terbit dah..sobsob..




Hahaha..rasa cam hindustan pulak..nasib tak baring atas rumput..kakakak..tapi ayu juga aku duduk camtu kan? Prasan!! ngeeee...

NI pun tengah merenung masa depan..pilihan yang ada sekarang..nak stdy ke nak kawen?? heee..xdela! ni hanya eksen semata-mata..

4/21/2011

Memew Yg T'masuk Dalam Hp Aku..

Salah satu perangai aku bila jumpa haiwan comel yang manja ni.. Aku suka sangat ambik gambar memew..Mereka sangat comel (muka sangat geram)...


 yang ni kucing siam yang ada kat hostel...Tapi lepas beberapa hari gambar ni di ambil..dia tidak kelihatan lagi, mayb ada orang ambil dia kot..sobsob..

 Yang ni si Oci dan si Tun..Mereka ni sangat nakal..hehe..Dua-dua dah hilang, setahu aku si oci ni kena buang oleh adalah hamba Allah..sampai hati kan?..
 Okey ni si Anot..hehe, kucing ni mata dia besar sangat..masa ni dia tengah pregnant..sangat garang..hhuu
Kucing ni member aku punya, gammbar di ambil masa beraya di perak hari tu...nama tidak diketahui..

 yang ni kucing member aku punya rumate..dia tengah tidur so saja nak snap gambar dia..comel~~~
 yang ni bukan kucing..salah masuk entry..heeee..abaikan je..
hahaha...kucing ni comel sangat...tengok shape muka dia,kecik je..sangat comel..tapi garangnya mak oi..tak berani nak sakat dia..silap haribulan kena cakar..heeee

PEREMPUAN MMG BEGINI



Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andain lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

4/17/2011

Mari Menghilangkan Tension..


 Hari Sabtu dan Ahad di habiskan dengan merehatkan diri atas katil..Best!! tapi sakit badan doh..And then my rumate ajak ke Parit Raja. Saja jejalan katanya..

Tapi ntah kenapa kaki kami laju je tunggu bas yang arahnya ke BP mall...haha. Tujuan tidak diketahui. saja jalan-jalan..

Merehatkan badan dan menghirup udara segar!!...heeee

4/15/2011

Dinner Time..

Penat berdepan dengan tekanan sepanjang minggu. berdepan dengan pembentangan dan asgment yanng berlambak, kami habiskan dengan Dinner hari tu..sekadar datang memenuhi jemputan rakan sebenarnya..Tapi  sangat best, hilang tension dan sakit jiwa yang bkabung beberapa hari lepas..heh..

Tema nya Retro tapi aku memeng tak ada baju retro so aku pakai baju kurung je la..nak wat cam mana lagi kan..Dah janji nak datang so kena penuhi janji..



 Aku memang suka bergambar..no wonder bila banyak gambar yang aku ambil sendiri..heee


Ada artis lama datang tapi aku terlupalah namanya.. Hehehe..
Pipi aku semakin gemuk..ermmm, sobsob..

4/11/2011

Urghhhhh!!!!!

Now aku sekarang memamg sangat tension. Aku xtaulah kenapa ada juga manusia yang suka nak lepas tangan? Buat keja ala kadar je. Patutkah? Come la, dah besar and reti fikir baik dan buruk. Sedang bintang pun tahu tanggungjawap. 

Contoh, ibu burung pun bagi makan dengan anaknya yang masih kecil. SEE!! binatang pun tahu erti tanggungjawap. Ni lagi manusia, lebih-lebih lagi LELAKI. Terus terang aku cakap, tak payah kawin kalau bakal laki perangai gini..Datang study so buat cara nak timba ilmu. 

So pada sesiapa yang terasa tu, pepandailah fikir balik perangai korang ok. Aku pun tak baik sangat tapi aku bukan jenis nak lepas tangan dengan setiap tugasan. Malas-malas aku ni, tidur memanjang ja hujung minggu tapi aku tak suka buat keja ala kadar.

Aku bukan jenis cakap direct, face to face..sory lah..memang aku bukan jenis gitu, aku sakit hati memang aku tunjuk, nak cakap aku EMO? cakaplah, tak luak pun dengan aku. Kalau dengar aku merungut tu aku just luah rasa tak puas hati aku. Tapi TOLONGLAH, jangan buat sampai rasa geram aku ni bertukar rasa yang sangat teruk lagi. 

Sekali aku terkena, selamanya aku ingat dan selamanya aku akan terus waspada dan jangan la hapar yang aku akan percaya 100%..mayb 0.09% korang sure tak dapat. Up to u all nak cakap aku ni EMO, Pendendam or anything sebab aku tak ada masa nak ambil tahu terutama bila ia keluar dari mulut orang yang perangai lagi teruk.

4/03/2011

3/15/2011

Happy Time

Air yang mengalir sungguh sejuk..best!! windu nak mandi air yang mengalir dari air terjun.. Kat Sabah selalu juga bila balik Keningau tempat my dad, air dia sejuk sangat~~~


yang  ni makanan bekfest aku.. ok,jangan la simpati sangat dengan aku  bila aku cakap bun and telur tu 1st aku rasa..sangat sedap!!!!

 
okei!! ne rakan-rakan seperjuangan yang bersama-sama naik gunung hari tu..semua muka ceria, coz baru pas abis bekfes.. (> <) y

 kami berjaya naik gunung tapi sebenarnya baru kaki gunung la..hehhee..Tapi ok apa? at least ada daki juga..

Dengan hikmah kita meneroka!!!

Cerita Naik Gunung

Aku nak cerita pengalaman aku naik Gunung Lambak ni. Memang best sangat..Nak di jadikan cerita hanya 7 orang je yang pergi..Mula memang pakat nak join ramai-ramai tapi oleh kerana pagi tu ada perlawanan bola sepak MU Vs Arsenal so ramai juga la yang tak sanggup bangun pagi termasuk aku,ngee!!

Tapi aku bukan sebab tengok bola, sebab malam tu aku tak dapat tidur so lewatlah aku tidur..Mengenangkan aku yang beriya-iya ajak so aku kena juga gagahkan diri pergi mandi pagi-pagi tu..perghh!! sejuk giler~~

Cun-dun jugalah hari tu ada big event. Seramai 2000 pelajar cina yang ikut mendaki dari seluruh Malaysia. Nak masuk Book Of Record katanya. Dari budak kecil sampai orang tua pun join..Larat juga ea? hmm~~

Ada dua fasa nak daki Gunung Lambak ni (aku yang pandai-pandai cakap ada fasa), Fasa pertama adalah dalam 700m dengan 45 darjah cerunnya. Dan fasa kedua 700m,lagi cerun dan mencabar. Track memang ada tapi kalu tak hati-hati memang boleh jatuh sebab licin dan agak mencabar juga. Aku punya kaki naik lenguh dah,tapi semangat nak naik puncak tu kuat so kena tahanlah kan??!

Memang tak dinafikan, cantik sungguh pemandangan dalam hutan tu, siap ada air mengalir lagi. Sungguh tenang, sangat sesuai untuk release tension dengan aktiviti riadah yang sihat. Aku pernah juga hiking dulu dekat Sepilok Laut (Sandakan) tapi sebab banyak pacat so aku jadi tak enjoy and takut binatang tu gigit aku..huhu

Member aku sorang ni dah pucat giler muka dia, sebab sehari sebelum tu dia derma darah ditambah lagi dia tak bekfes pun. Dahlah tu tak pakai baju proper lagi tu, siap pakai jeans and selipar.. sebab dia ingat Gunung Lambak tu macam Bukit Soga..adakah?

Dia kata "aku tengok atas,tensen sebab masih tinggi..tengok bawah, kelam pandanganku.." Tapi cian dengan dia.. Aku pula rasa bersalah tengok dia camtu sebab aku yang beriya-iya pujuk dia join sama..Maaf ye Haniff..Nasib baik ada pakcik Mansur yang sudi tolong dan temankan kita orang meneruskan perjalanan.

Tapi kita orang tak sampai puncak pun, berpeluh-peluh dah kita orang tapi rupanya baru sampai "SELAMAT DATANG"??!! Perghh!! terbaek punya gunung...haha..Rupanya kami belum pun mendaki gunung, baru warming up rupanya..hahaha..

Tapi memandangkan member dah tak larat so kami pun decided balik ja.. Aku tak hampa langsung pun walaupun niat memang nak naik sampai puncak sebab hari tu aku belajar banyak benda baru..dari aku buang masa dok terperap dalam bilik and tidor..??

Next time kita naik lagi. kali ni mesti sampai puncak!! Pakcik Mansur pun dah bagi green light. Kalau nak naik gunung bagitau je dia. boleh join sama memandangkan memang hobi dia naik gunung..kan best aktiviti macam ni. Di samping kita dapat keluarkan peluh, kita dapat juga tambah kenalan..Mana tau dia ada anak lelaki?? heee..acah je...

3/14/2011

Penat Dan Geram!!!!




Geram!!!!!

Mana tak geram, aku dah semangat nak pergi kelas DSP ( Digital Signal Processing ). Dr. kata ada kuiz malam ni so nak and tak nak kena juga datang. Terkejar-kejar aku pegi kelas sedangkan perut lapar tahap gaban tapi....

Aik?!!! Asal takda orang ni, tepon Aciq,tak angkat. Then tepon Kak.Mila, Rupanya kelas batal..adakah??! 

Kak mila minta maaf sebab tak bagitau, tapi bukan salah dia pun. Padan muka aku sebab ponteng kelas ekonomi tadi..Tu pasal aku tak taw kelas rupanya dibatalkan dan di gantikan hari rabu nanti..

Aku suka sangat ponteng kelas ekonomi nie, bukan pa..aku tak paham apa lecture tu ajar. Bagi aku bagus lagi aku study sendiri dari aku masuk kelas..boleh ke aku pikir camtu? Boring sangat sebab semua membaca..sampai dia cakap kat kita orang.."Patut kamu blur,sebab langsung tak da basic ekonomi,saya pun ikut blur juga..heee"

Tapi sebenarnya lecture tu baik, yang kurang baiknya subject tu..ngeee!! adakah?