Showing posts with label Love. Show all posts
Showing posts with label Love. Show all posts

12/31/2013

Happy New Year

salam semua...

Ada beberapa jam lagi sebelum tahun baru, so apa azam baru kalian? 
azam yui tahun ni? well, takda lah berazam, tiap hari bangun tanam azam, letak niat kita..
niat yang baik-baik jadi hidup pun akan sentiasa bahagia..amin.

U all keluar sambut new year tak? 
well, jangan terkejut.. yui ta pernah turun bandar sambut new year.
ergh.. umur da naik tapi tak penah sambut new year..
pelik tapi benar..hihihi

lama sangat tak update blog so now nak tanam azam akhir tahun ni, 
by next year akan selalu update blog ni..In sha Allah..
Happy New Year semua, moga tahun akan datang memberikan kita sinar dan semangat baru..
amin...

4/21/2011

PEREMPUAN MMG BEGINI



Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andain lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

3/12/2011

Biar Kasih Itu Pergi..


...biarkan ia pergi




















Masih berharap kebahagian itu kembali lagi..
kasih itu akan subur mewangi..
Dia jauh tapi sentiasa dekat di hati..
Sungguh dialah kasih di hujung hati..

Dia penawar duka dan sepi.
Silap aku terlalu bergantung kasih..
Mengharap pada yang tak pasti..
kini memakan diri..

Mungkin luarku gembira 
Tapi hati menangis hiba
selepas ku  lalui duka
Kuharap akan ada sinar bahagia

Biarlah awan mendung ini berlalu..
sujud ku mohon agar mampu berdiri teguh..
dan pertemukan kasih yang memang tercipta untukku..
Allah itu lagi maha tahu..

3/11/2011

Aku Rapuh Mencintaimu...

....sekadar hiasan

kala ini hati ku berperang hebat..aku keliru antara kasih dan kebenaran, kasih yang ku belai dan hampir memakan diri, kebenaran yang aku sendiri tidak pasti akan benarnya.. ingin ku singkap namun tak pernah kesampaian lantaran hati takut menerima kebenaran yang sememangnya akan menyakitkan..

ku persembahkan padamu makna sebuah cinta dan rindu. Sebuah penantian yang tiada akhirnya, aku akur dengan uniknya cinta kita. ku bina kubu yang teguh untuk terus mempercayai cinta ini..

Tapi sampai bila harus aku sendirian yang membina tugu ini? Aku lelah untuk bertahan, resah mencengkam jiwa. Pengorbanan ku di persia begitu saja..

Bercinta itu sunggup mudah, jatuh cinta dan menyayangi seseorang. Tapi pengisian dalam cinta itu amat sukar demi mengekalkan keharmonian perhubungan. Cinta bukan semata-mata bersama si dia, tapi cinta juga memerlukan pengorbanan yang tak ternilai, kejujuran yang tiada tersembunyi dan kesetiaan yang tiada tandingnya..

cinta tak semestinya bersatu dan andai perpisahan kini yang terjadi aku redha. Apalah daya ku melawan takdir yang telah tersurat untukku..

Sepi Itu Apa...

Sepi tanpa kata..
kelu lidah untuk berbicara..
ku kehilangan kata-kata..
kini bicara hati tiada siapa ingin mendengar lagi..
tiada madah dan irama yang berlagu di hati..
sunyi dan sepi bagai menanti mati..

3/09/2011

3/06/2011

ku ingin kamu..

ku ingin kamu..


Cinta itu suatu keindahan, kedamaian dan kebahagiaan. Lantaran itu banyak insan yang mengejar cinta. Apa sebenarnya cinta? Pada aku cinta itu sungguh subjective yang boleh kita terjemaahkan dalam banyak makna.

Dalam bercinta juga kita perlukan sebuah kesetiaan dan kepercayaan, andai tiada suma itu maka tidak bermaknalah sebuah cinta. jadi mengapa perlu berahsia antara kita? Dimana nilai kepercayaan yang ada pada sang pencinta? andai sekelumit pun ia berikan, pasti aku sungguh bahagia..
ku ingin disampingmu

Pengalaman lalu membuatkan aku lebih takut untuk bercinta  dan sangat berhati-hati terhadap insan yang bernama lelaki. sampai suatu ketika aku rasakan seolah aku membenci lelaki, aku tiada apa yang tinggal hanya kerana seorang lelaki. seluruh jiwaku telah ku berikan,tiada apa yang tinggal andai dia tinggalkan aku..

Aku mungkin bukan sang pencinta sejati, aku mencintai dia apa adanya dan aku juga mengarapkan demikian. aku bukan manusia yang sempurna. Sampai bila aku harus bertahan?

akan kah berbaloi pengorbankan ku buat insan bernama lelaki yang bertahta di hati? 

sungguh, aku penat walaupun jauh di sudut hati aku sangat meyayangnya, sangat memerlukannya tapi sanggupkah ku biarkan diri seolah di permainkan? persoalan ini yang sering timbul di minda..

wahai lelakiku..bisa kah kau mengerti hati ini? gundahnya hati seorang wanita yang ingin dicintaimu. selamanya aku masih inginkan mu..


3/04/2011

Terlanjur Mencintaimu...

berikan ku kekuatan


Ya Allah S.W.T
Aku syukuri nikmat pemberian-Mu
Kerana rahmat-Mu membawaku ke alam bahagia..
Kerana cinta-Mu membawaku erti dewasa..
Kerana kasih-Mu membawa secebis cinta..


Disini ku hidup dengan nadi tak bernyawa,
menghela nafas sesaknya masih terasa,
meniti dosa kerana alpa terhadap-Nya
dimanakah jalan menuju sirna cahaya?

mungkin ketabahan ini suatu kepiluan?
mungkin kegirangan ini suatu kehilangan?
mungkin kegembiraan ini suatu kedukaan?
dan ku tempuhi segalanya dengan kesabaran..

2/07/2011

Belaian jiwaku..




Wahai teman hatiku 

Sejenak aku mengenalinya aku rasa ingin menyayanginya...
sekarang aku menyayanginya..
selamanya aku aku ingin memiliki dan menyintainya..

Benar katanya..
hati mana yang mampu bertahan andai banyak gelora yang melanda..
bila hati telah goyah maka cinta akan hilang..
Tapi itu katanya..

Cinta itu suatu yang suci, 
hanya kita yang mengotori tanpa kita sedari..
Tidak ku nafikan bahawa hati manusia ini sentiasa berubah..
Hati kita bagai pasir di tepian..
mudah berlalu bila ada ombak yang melanda..
terlupa seketika cinta itu milik Allah..
 

Bagi diriku..
aku tiada alasan yang tepat kenapa aku menyintai dia..
andai ditanya mungkin sahaja aku akan terdiam..
Sebab dia terlalu istimewah..
tiada kata yang mampu aku ungkapkan tentangnya..

Allah menemukan aku dengannya..
dan Dia hadirkan kasih sayang itu dalam hatiku..
Dia biarkan rindu ini subur ditaman hatiku.. 

Teman di dalam hatiku.. 
Sakit yang kau lalui itu bukan penghalang yang nyata bagiku..
ketahuilah bahawa aku hanya inginkan dirimu...
Andai disusun beribu insan dihadapan ku..
dirimu juga yang ku cari..

wahai belaian jiwaku ..
Aku mencintaimu kerana agama yang adamu,
andai tiada agama itu dari hatimu..
maka aku akan pergi meninggalkanmu...

2/06/2011

You are in my heart.


By miles..
You are far from me..
By thoughts..
You are close to me..
By hearts..
You are in me..

u walked into my life
and took residence in my soul
you warm my heart..
with all that you do and all that you say

i'll tell u this..
from the bottom of my heart

you means everthing to me..
you are everthing to me
i'll forever keep loving you..



2/05/2011

Kau yang bernama cinta..



Wahai angin lalu..
Khabarkan padanya..
Rasa rindu yang sarat di hati ini..
Hembuskan kedinginan yang aku rasakan..
Biar dia tahu bahawa aku sangat memerlukannya..
Bisikan di telinganya, hanya dia yang aku sayangi..
Biar dia lebih menghargai cinta ini...

Hati ini terlalu degil...
Kadangkala akal mengkianati hati ini..
Hati ini masih ingin terus menyayanginya..
Sedangkan akal ingin melupakan dirinya..

Tapi tidak semudah itu..
Akal ini masih memikirkan tentangnya..
Hati ini masih miliknya..
Aku hanya inginkan insan sepertinya..

Wahai angin lalu..
Tahukan engkau?
Dia adalah insan yang berhati tulus..
Dia mengajarku tentang erti sebuah kehidupan..
Dia adalah anugerah terindah dari tuhan..
Yang pernah ku miliki walau hanya untuk seketika..
Namun akan ku kenang untuk selamanya..

Ya Allah..
Andai aku bukan untuknya..
Aku tetap redha akan ketentuan mu..
Doa ku agar ada lagi insan sepertinya..
Yang tercipta untukku..
Rahmati hidupnya walau dimana dia berada..

Wahai insan yang ada di hati ini..
Terima kasih untuk kasih sayang yang diberikan..
Akan ku didik hati dan jiwa ini..
Untuk menjadi yang lebih baik..

walaupun bukan yang terbaik..



He taught me how to love, but not how to stop

2/03/2011

Air vs Ais = ??


Antara air dan ais (air beku)..Apa yang dapat difikirkan oleh kalian? Entri ini bukan ingin bercerita pasal minuman atau seumpamanya tapi aku ingin kaitankan ia tentang kehidupan..

Air dan ais sesuatu yang pada dasarnya berbeza dari segi fizikal..Lihat keadaan mereka, air bersifat cecair manakala ais pula bersifat beku. Apa yang membezakan mereka adalah suhu, andai sahaja air itu diletakkan pada suhu yang sangat rendah maka ia akan membentuk ais (air beku), begitu juga sebaliknya jika ais diletakkan pada suhu biasa ia akan menjadi air...kan?

Andai kita campurkan air dan ais,kita akan dapat menikmati nikmatnya air sejuk, kena lagi masa cuaca panas..memang kena sangat..