3/06/2011

ku ingin kamu..

ku ingin kamu..


Cinta itu suatu keindahan, kedamaian dan kebahagiaan. Lantaran itu banyak insan yang mengejar cinta. Apa sebenarnya cinta? Pada aku cinta itu sungguh subjective yang boleh kita terjemaahkan dalam banyak makna.

Dalam bercinta juga kita perlukan sebuah kesetiaan dan kepercayaan, andai tiada suma itu maka tidak bermaknalah sebuah cinta. jadi mengapa perlu berahsia antara kita? Dimana nilai kepercayaan yang ada pada sang pencinta? andai sekelumit pun ia berikan, pasti aku sungguh bahagia..
ku ingin disampingmu

Pengalaman lalu membuatkan aku lebih takut untuk bercinta  dan sangat berhati-hati terhadap insan yang bernama lelaki. sampai suatu ketika aku rasakan seolah aku membenci lelaki, aku tiada apa yang tinggal hanya kerana seorang lelaki. seluruh jiwaku telah ku berikan,tiada apa yang tinggal andai dia tinggalkan aku..

Aku mungkin bukan sang pencinta sejati, aku mencintai dia apa adanya dan aku juga mengarapkan demikian. aku bukan manusia yang sempurna. Sampai bila aku harus bertahan?

akan kah berbaloi pengorbankan ku buat insan bernama lelaki yang bertahta di hati? 

sungguh, aku penat walaupun jauh di sudut hati aku sangat meyayangnya, sangat memerlukannya tapi sanggupkah ku biarkan diri seolah di permainkan? persoalan ini yang sering timbul di minda..

wahai lelakiku..bisa kah kau mengerti hati ini? gundahnya hati seorang wanita yang ingin dicintaimu. selamanya aku masih inginkan mu..


3/04/2011

Terlanjur Mencintaimu...

berikan ku kekuatan


Ya Allah S.W.T
Aku syukuri nikmat pemberian-Mu
Kerana rahmat-Mu membawaku ke alam bahagia..
Kerana cinta-Mu membawaku erti dewasa..
Kerana kasih-Mu membawa secebis cinta..


Disini ku hidup dengan nadi tak bernyawa,
menghela nafas sesaknya masih terasa,
meniti dosa kerana alpa terhadap-Nya
dimanakah jalan menuju sirna cahaya?

mungkin ketabahan ini suatu kepiluan?
mungkin kegirangan ini suatu kehilangan?
mungkin kegembiraan ini suatu kedukaan?
dan ku tempuhi segalanya dengan kesabaran..

3/03/2011

Duka Sekeping Hati

duka sekeping hati
Kadang aku tabah untuk lalui semua dugaan ini, Tp kadang aku terasa seolah aku ingin mengalah dan berlalu. dunia seolah tak adil untuk aku. aku tak ada hak unutk mengatakan demikain, aku hanya insan kerdil yang hanya menumpang di bumi tuhan ini.

Satu  persatu masalah yang aku alami, semua seolah-olah menguji kekuatan hati ini. Ada ketika aku kuat tapi ada ketika aku lemah selemahnya..

Andai insan lain akan menangis dan bersedih dengan penyakit yang ayah aku lalui, tapi tidak aku..memang aku simpati denganya tapi untuk rasa sedih tidak..seolah tak akan lahir perasaan itu untuknya. Jangan tanya aku, kerana aku pun tidak tahu, ku tanya hati, dimanakah rasa sedih itu? kenapa air mata ini tidak mengalir?

Mereka kata yang aku ini menjauh, mereka silap,aku tidak pernah menjauh tapi ibubapa aku yang menjauh dari aku..aku kah yang salah? mereka kata aku berpelajaran jadinya aku kena lebih memahami..tapi mereka lupa akan kisah yang aku lalui, mereka tidak merasakan..katalah aku ini anak derhaka, tak kenang budi dan apa sahaja yang sekutu denganya..tapi kebenarannya, aku tak dapat lakukan sesuatu yang bukan lahir dari hati dan minda ku..

akukah yang keji sampai semua itu seolah salah ku? sedangkan mereka tidak pernah memahami sengsara dan duka ku...