2/27/2011

Akan Adakah Sinar Itu..

berikan aku sinar


Aku dihuni kebuntuan
aku hampir mengalah pada sebuah cabaran
aku hampir hilang akan arah tujuan..
aku hampir ketandusan akan semangat..

Seolah ada yang membisikkan kata itu..
"Jangan pernah mengenal erti putus asa.."
namun aku masih kaku..
otak seolah gagal berfungsi..
sukar untuk memahami dan menerima ia..

apa sebenarnya yang aku mahukan?
Ku tepuk dada,berfikir seketika akannya..
Namun gagal..

akankah aku tersungkur?
aku tidak ingin kalah sebelum bertempur..
semangat ini masih berkobar-kobar..
aku hanya butuh akan sinar..

ya Tuhan, berikan aku jalan..
berikan hatiku ketenangan
hembuskan padaku akan kekuatan
sesungguhnya ianya sangat kuperlukan

2/18/2011

Fikirkan Sejenak..


Minggu ini kami sungguh sibuk dengan ujian dan ia membuatkan aku cepat lupa akan keadaan disekelilingku..Tadi kawan berpesan padaku agar tunggu dia tapi aku betul-betul terlupa, aku tahu dia benggang, maaf sangat-sangat..aku tak sengaja. harap dia maafkan....sory my dear lala..

Esok kami ada ujian.. rasa berdebar sikit.. tapi tanpa kita sedari, kita sebenarnya berdepan dengan ujian yang maha hebat setiap hari..cuma kita jarang ambil tahu..

so aku biarkan kalian berfikir sejenak akan ujian yang kalian lalui hari ini...
apa yang penting bagaimana kita hadapi ujian itu, lakukan sebaik-baiknya kerana mungkin peluang itu tidak akan muncul lagi..

2/11/2011

2/08/2011

Opss!! lupa bawa...

Salam...

Hari ini aku kurang rajin sikit..Seharian aku ponteng kelas,entah kenapa anginku tetiba taknak ke kelas..Mungkin sebab aku fikir hari ini cuti, tulah aku tak nak pergi kelas.. Aku pun tak tahu dari mana aku dengar yang hari ini cuti, Tanya member classmate, semua kata tak cuti..malunya...

Dijadikan cerita,tadi lepas bangun tidur, and mandi..aku pergi ke cafe nak print something..Tapi aku tengok banyak orang tengah tunggu turn so aku pun beli makanan dulu..

Selera aku hari ini, ayam masak kurma dan telur masin..hehe.. time nak bayar tu, baru aku perasan yang aku rupanya bawa duit seingit je..huhu..da kat depan counter kot, terpaksalah juga aku bagitau adik tu yang aku terlupa bawa duit.. nasib tak jauh bilik aku..

First time aku terlupa bawa duit, malu lagi,adoii~~~
apalah nasib aku hari ini..heheh....

masa balik nak ambil duit tadi aku tersempak dengan kawan aku, waa~~~ kantoi aku tak pergi kelas hari ini..aku pun just senyum-senyum je lah macam kerang busuk...dia pakai baju kurung pink..manis ja ditengok,..

2/07/2011

Belaian jiwaku..




Wahai teman hatiku 

Sejenak aku mengenalinya aku rasa ingin menyayanginya...
sekarang aku menyayanginya..
selamanya aku aku ingin memiliki dan menyintainya..

Benar katanya..
hati mana yang mampu bertahan andai banyak gelora yang melanda..
bila hati telah goyah maka cinta akan hilang..
Tapi itu katanya..

Cinta itu suatu yang suci, 
hanya kita yang mengotori tanpa kita sedari..
Tidak ku nafikan bahawa hati manusia ini sentiasa berubah..
Hati kita bagai pasir di tepian..
mudah berlalu bila ada ombak yang melanda..
terlupa seketika cinta itu milik Allah..
 

Bagi diriku..
aku tiada alasan yang tepat kenapa aku menyintai dia..
andai ditanya mungkin sahaja aku akan terdiam..
Sebab dia terlalu istimewah..
tiada kata yang mampu aku ungkapkan tentangnya..

Allah menemukan aku dengannya..
dan Dia hadirkan kasih sayang itu dalam hatiku..
Dia biarkan rindu ini subur ditaman hatiku.. 

Teman di dalam hatiku.. 
Sakit yang kau lalui itu bukan penghalang yang nyata bagiku..
ketahuilah bahawa aku hanya inginkan dirimu...
Andai disusun beribu insan dihadapan ku..
dirimu juga yang ku cari..

wahai belaian jiwaku ..
Aku mencintaimu kerana agama yang adamu,
andai tiada agama itu dari hatimu..
maka aku akan pergi meninggalkanmu...

Lihatlah duniamu...

salam...

Syukuri nikmat yang diberikan

Hari ini aku rasa semua serba tak kena..mata ja besar tapi lain yang ku tengok,lain pula yg ku cakap, lain yang ku cakap lain pula yang ku tulis.. mohon tuhan beri ketenangan buat hati ini..

Semalam Hati ini ingin beradu lebih awal dari biasa, tapi entah kenapa mindaku asyik berfikir tentang kehidupan yang aku lalui..penuh dengan kisah suka dan duka..andai ada masa terluang akan ku kongsikan dengan kalian..akan ku luahkan di ruangan yang sepi ini..


Kadangkala apa yang kita lakukan diluar sedar kita sampai kita terlupa insan disekililing kita..kita sibuk memikirkan kehendak diri..sibuk untuk memuaskan hasrat hati.. terlupa seketika bahawa manusia ini tidak pernah berasa puas andai dia tak reti untuk bersyukur..


menyukuri nikmat yang Allah berikan membuatkan kita lebih menghargai insan-insan dan kehidupan yang kita miliki..cuba renungkan apa yang ada pada anda sekarang, hargai ia sebelum ianya pergi tanpa sempat anda mengetahuinya..

2/06/2011

Terbaek dari ladang..



Salam suma...


Hari ini aku tak lagi alone sebab hari ini semua rumate aku yang comel-comel akan balik, al-maklum dorangkan orang sini so senanglah nak balik, lain macam aku ni..Nak balik pun susah juga,tau je lah kan kampung dekat oversea..Satu minggu aku duduk bertapa sorang-sorang kat bilik. Nasib aku bukan jenis yang penakut sangat, hantu tu taklah takut (takut sikitlah) tapi yang aku takut sangat dengan orang yang berperangai macam hantu..


Sebenarnya aku bukan nak cerita pasal hantu pun, Aku nak cerita pasal hari-hari yang bakal aku tempuh dalam bulan ni. Tadi aku tengok lah jadual test-test aku..Mak oii, berturut test aku. Enam lagi tu..memang terbaek punya.. kena lagi aku dalam seminggu ni langsung tak sentuh buku, namanya pun cuti kan, so buku aku pun semua cutilah juga..heeee


Aku ni ada masalah sikit dalam membahagikan masa, dalam erti kata lain yang lebih sopan aku ni kurang rajin sikit nak study. Tapi bila datang rajin tu, terlebih rajinlah pula... (memang melebih-lebih) heee..


Ok, ni list test aku..fuh, memang terbaek kan? tapi aku silap sikit tulis kat time tu..Aku nak cerita sikit pasal subject-subject aku sem ni..


1. DSP -  actually ni bukan 30minit tapi 1.30minit tempoh dia..nak mampus jawap digital setengah jam, banyak kot..
2. Electrical System power - so far oklah. aku still boleh follow lagi.
3. Statistik - yang ni pun kita orang ambik sem ni. xsusah sangatlah nak compare Math 3..
4. Ekonomi - yang ni memang aku tak boleh bla. Bosan kot..(jujur ku katakan)
5. Microprocess dan microcontroller - ni pun best juga subjectnya..
6. Electromagnetik gunaan - yang ni, susah aku nak story sebab memang susah (bagi aku)..kena lagi date dia belum kena bagitahu..memang terbaeklah kalau tetiba dia buat test esok..sure aku top list..heeeee


Ermm..tu je kot yang aku nak share buat masa ni..now tunggu rumate aku balik, lewat betul dorang balik, nanti ada masa aku story pasal dorang pula ok...





You are in my heart.


By miles..
You are far from me..
By thoughts..
You are close to me..
By hearts..
You are in me..

u walked into my life
and took residence in my soul
you warm my heart..
with all that you do and all that you say

i'll tell u this..
from the bottom of my heart

you means everthing to me..
you are everthing to me
i'll forever keep loving you..



Tugas seorang pembancing...

Salam semua...


Maceh datang dan baca entri aku ni..maaf andai bahasa yang aku olah tak menarik.. budak comel baru belajar katakan (perasan!!) heee...Meh duduk diam-diam dulu, aku nak bagitahu satu cerita  tentang orang nak pergi temuduga..


comel dan ayu lagi comel dari yang ni  ;p

2/05/2011

Apapun yang terjadi, Berjalanlah tanpa henti..


..ku biarkan kau mengalir kali ini,
kerana tidak akanku biarkan kau mengalir lagi..



Aku mulakan hariku dengan melupakan kisah semalam. Biar lena tidur ku yang menyembuhkan sedih di dalam hati. Semalam adalah kenangan dan hari ini adalah kenyataan yang harus kita hadapi. kita harus tabah dan kuat mengharungi dugaan hidup ini.

Sebuah senyuman ikhlas ku berikan pada diriku untuk lebih bersemangat dalam menghadapi hari ini. Aku bukan dalam kalangan insan-insan yang dikelilingi kebahagian. Aku adalah seorang insan kesepian dalam kesibukan hidup bergelar mahasiswi untuk mengejar cita-cita demi menjamin masa depanku,

Kadangkala aku cemburu dengan insan-insan yang punya keluarga bahagia, sedang aku hanya insan yang menumpang kasih seorang ibu tunggal sejak aku baby. Bila dua hati tidak sehaluan maka tiada guna untuk bersama lagi. Ya, itu yang berlaku pada keluargaku.

Alangkah bahagia punya ibu yang menyayangi dan sentiasa bersama dengan kita. Bagi mereka, bersyukurlah kamu kerana dapat peluang untuk itu. Namun bagi hamba Allah yang satu ini tidak pernah merasa nikmatnya dalam pelukan, ciuman dan juga belaian ibu kandung.

Punya ayah yang sentiasa mengambik berat dan sentiasa mengingati kita. Apa agaknya rasa takut kena marah bapa. Aku akan tersenyum bila kawan-kawan ku bercerita tentang bapa mereka, anak bapa katakan. Sungguh bertuah hidup mereka, sedang aku? Aku tidak pernah merasa perasaan itu.

happy family
Kadangkala aku cemburu dengan adik-adikku (yang bukan seibu denganku). Meraka sangat beruntung,pergi dan balik sekolah diambil sedang aku hanya pergi dengan van sekolah. Bergurau senda dan bermanja dengan bapa, jauh di sudut hatiku.. aku ingin begitu tapi hubungan itu sukar. rasa segan dan ego masih membelenggu hati ini..

Namun aku tidak pernah membenci mereka, tanpa mereka aku tidak akan hadir ke dunia ini. aku pasti mereka punya sebab yang kukuh kenapa mereka berpisah walau aku tidak pernah mengetahui sebab itu. aku  tidak akan menghukum mereka atas apa yang aku rasakan sekarang walau jauh di sudut hati aku ingin mengatakan aku tidak punya ibubapa dan hanya tinggal bersama ibu tunggal sebagai penjagaku. Apa makna ibubapa andai tanggungjawap tidak pernah dilaksanakan..

Aku harus matang dalam mengharungi pejalanan yang panjang ini. Pada mereka yang punya ibu dan bapa, hargai hubungan kalian. Aku sebagai insan yang tidak punya apa-apa ini hanya tumpang gembira dengan kebahagiaan kalian..

Buat mak,terima kasih kerana sudi menjaga aku sejak dari kecil, aku akan sentiasa menghargai dan insyaAllah akan ku balas budimu walaupun tidak tetanggunggung oleh ku budimu itu..terima kasih kerana sudi menghulur kasih sayangmu. Akan sentiasa ku hargai, maaf andai aku pernah menjadi anak yang nakal tapi aku berjanji aku akan jadi yang terbaik buatmu..

wahai gadis janganlah menangis..



wahai air mata...
janganlah mengalir..
titisanmu itu sungguh berharga..
tidak kau tahu?

Wahai hati..
janganlah dikau bersedih..
bukankah kau selalu berdepan dengan rintangan yang hebat??
tabahlah wahai hati..
kuatlah untuk menghadapi dugaan ini..
percayalah wahai hati..
Allah itu tidak pernah menganiayai makluknya..
sabarlah dikau wahai hatiku...

Kau yang bernama cinta..



Wahai angin lalu..
Khabarkan padanya..
Rasa rindu yang sarat di hati ini..
Hembuskan kedinginan yang aku rasakan..
Biar dia tahu bahawa aku sangat memerlukannya..
Bisikan di telinganya, hanya dia yang aku sayangi..
Biar dia lebih menghargai cinta ini...

Hati ini terlalu degil...
Kadangkala akal mengkianati hati ini..
Hati ini masih ingin terus menyayanginya..
Sedangkan akal ingin melupakan dirinya..

Tapi tidak semudah itu..
Akal ini masih memikirkan tentangnya..
Hati ini masih miliknya..
Aku hanya inginkan insan sepertinya..

Wahai angin lalu..
Tahukan engkau?
Dia adalah insan yang berhati tulus..
Dia mengajarku tentang erti sebuah kehidupan..
Dia adalah anugerah terindah dari tuhan..
Yang pernah ku miliki walau hanya untuk seketika..
Namun akan ku kenang untuk selamanya..

Ya Allah..
Andai aku bukan untuknya..
Aku tetap redha akan ketentuan mu..
Doa ku agar ada lagi insan sepertinya..
Yang tercipta untukku..
Rahmati hidupnya walau dimana dia berada..

Wahai insan yang ada di hati ini..
Terima kasih untuk kasih sayang yang diberikan..
Akan ku didik hati dan jiwa ini..
Untuk menjadi yang lebih baik..

walaupun bukan yang terbaik..



He taught me how to love, but not how to stop

2/04/2011

Cukup sampai disini..

Apa erti teman andai ia mengkianati kita? Benar,semua orang pernah buat salah..macam yang pernah aku katakan sebelum ini. Dan aku juga sudah memaafkan ia, tulus dari hati kecil ku. Mungkin aku mudah memaafkan tapi aku bukan jenis mudah untuk melupakan. Bila kepercayaan yang aku berikan tapi dibalas dengan kianat maka sukar untukku mempercayainya kembali..

Bunyinya seolah aku jenis pendendam, mungkin juga tapi aku hanya ingin mempertahankan diriku dari diperlakukan sesuka hati mereka..cakaplah sebanyak mana yang kamu suka tentang diriku, tidak pernah ku ambil kisah sebab hanya aku yang tahu siapa diriku..umpatlah sebanyak mana pun, sebab aku mungkin dapat credit dari tu..50posen pun ok juga tu..hehe

2/03/2011

Air vs Ais = ??


Antara air dan ais (air beku)..Apa yang dapat difikirkan oleh kalian? Entri ini bukan ingin bercerita pasal minuman atau seumpamanya tapi aku ingin kaitankan ia tentang kehidupan..

Air dan ais sesuatu yang pada dasarnya berbeza dari segi fizikal..Lihat keadaan mereka, air bersifat cecair manakala ais pula bersifat beku. Apa yang membezakan mereka adalah suhu, andai sahaja air itu diletakkan pada suhu yang sangat rendah maka ia akan membentuk ais (air beku), begitu juga sebaliknya jika ais diletakkan pada suhu biasa ia akan menjadi air...kan?

Andai kita campurkan air dan ais,kita akan dapat menikmati nikmatnya air sejuk, kena lagi masa cuaca panas..memang kena sangat..

Murtabak Megi !

Semalam perut ni terasa lapar sangat, then ternampak picture ni..memang aku tak boleh tahan, perut pun makin berlagu riang..hehehe....aku ni story pasal perut je..kan?...well dpendekkan cerita, aku nak share resepi dengan korang..ni bukan resepi aku tapi member aku (tapi aku sudah minta izin dengan dia taw) no no no ciplak...Sharing is caring kan?? hehe..


Ok, cara-caranya :-



 ihsan dari azlin..Thanx to her

Salah itu..

Tadi dah nak tidur  tapi perut ni lapar, aku memang jenis tak dapat tidur kalau perut lapar..ni tengah makan biskut cheese,sapa nak? heee..

Balik pada tajuk di atas, ia buat aku berfikir panjang tentang sesuatu, tentang kehidupan yang kita sendiri tentukan..pernah tak dengar pepatah ni "belajar dari kesilapan" ? Mesti pernah dengarkan..hehe..

Kadangkala kita terlalu leka dengan kehidupan, leka dengan keseronokan, kemewahan sampai menganayai diri sendiri. Kita sibuk mengejar duniawi sampai kita lupa arah tujuan kita hidup,lupa akan janji Allah..hilang pedoman hidup sampai satu masa kita tidak kenal siapa diri kita sebenarnya..

Hati yang tegar..

Salam..
tension taw!!


Sebelum aku nak tidur ni, nak share la something yg buat aku agak benggang sikit..yela ni pertama kali aku buat blog tapi ada je problem, dugaan betul bagi aku...puas juga aku cari solution tapi tak settle2 juga until now..eh lupa pla nak bagitahu korg benda yang buat aku benggang ni..Semua ni pasal aku tak dapat

2/02/2011

JoJo : Forever In My Life


 Uhoh Yeah Yeahhh Ohh 



The way you're part of me, 
I would have to re-learn everything, 
If you were to leave, 
So fast you make me fall like I was autumn leaves, 
And, honestly.. 
There a perfect explination 
Why you feel so good to say that you're 

Chorus: 
My love, my love, my love 
I´ll give you all my love if you,if you, 
If you dont change a thing, 
About the way you hold me everynight, 
So right, I wanna man like you forever in my life.