2/05/2011

Apapun yang terjadi, Berjalanlah tanpa henti..


..ku biarkan kau mengalir kali ini,
kerana tidak akanku biarkan kau mengalir lagi..



Aku mulakan hariku dengan melupakan kisah semalam. Biar lena tidur ku yang menyembuhkan sedih di dalam hati. Semalam adalah kenangan dan hari ini adalah kenyataan yang harus kita hadapi. kita harus tabah dan kuat mengharungi dugaan hidup ini.

Sebuah senyuman ikhlas ku berikan pada diriku untuk lebih bersemangat dalam menghadapi hari ini. Aku bukan dalam kalangan insan-insan yang dikelilingi kebahagian. Aku adalah seorang insan kesepian dalam kesibukan hidup bergelar mahasiswi untuk mengejar cita-cita demi menjamin masa depanku,

Kadangkala aku cemburu dengan insan-insan yang punya keluarga bahagia, sedang aku hanya insan yang menumpang kasih seorang ibu tunggal sejak aku baby. Bila dua hati tidak sehaluan maka tiada guna untuk bersama lagi. Ya, itu yang berlaku pada keluargaku.

Alangkah bahagia punya ibu yang menyayangi dan sentiasa bersama dengan kita. Bagi mereka, bersyukurlah kamu kerana dapat peluang untuk itu. Namun bagi hamba Allah yang satu ini tidak pernah merasa nikmatnya dalam pelukan, ciuman dan juga belaian ibu kandung.

Punya ayah yang sentiasa mengambik berat dan sentiasa mengingati kita. Apa agaknya rasa takut kena marah bapa. Aku akan tersenyum bila kawan-kawan ku bercerita tentang bapa mereka, anak bapa katakan. Sungguh bertuah hidup mereka, sedang aku? Aku tidak pernah merasa perasaan itu.

happy family
Kadangkala aku cemburu dengan adik-adikku (yang bukan seibu denganku). Meraka sangat beruntung,pergi dan balik sekolah diambil sedang aku hanya pergi dengan van sekolah. Bergurau senda dan bermanja dengan bapa, jauh di sudut hatiku.. aku ingin begitu tapi hubungan itu sukar. rasa segan dan ego masih membelenggu hati ini..

Namun aku tidak pernah membenci mereka, tanpa mereka aku tidak akan hadir ke dunia ini. aku pasti mereka punya sebab yang kukuh kenapa mereka berpisah walau aku tidak pernah mengetahui sebab itu. aku  tidak akan menghukum mereka atas apa yang aku rasakan sekarang walau jauh di sudut hati aku ingin mengatakan aku tidak punya ibubapa dan hanya tinggal bersama ibu tunggal sebagai penjagaku. Apa makna ibubapa andai tanggungjawap tidak pernah dilaksanakan..

Aku harus matang dalam mengharungi pejalanan yang panjang ini. Pada mereka yang punya ibu dan bapa, hargai hubungan kalian. Aku sebagai insan yang tidak punya apa-apa ini hanya tumpang gembira dengan kebahagiaan kalian..

Buat mak,terima kasih kerana sudi menjaga aku sejak dari kecil, aku akan sentiasa menghargai dan insyaAllah akan ku balas budimu walaupun tidak tetanggunggung oleh ku budimu itu..terima kasih kerana sudi menghulur kasih sayangmu. Akan sentiasa ku hargai, maaf andai aku pernah menjadi anak yang nakal tapi aku berjanji aku akan jadi yang terbaik buatmu..

4 comments:

  1. ya tabah la dalam menghadapi hidup...mgkin hary nie kita bersedih tapi sapa tau esok lusa tiba pula giliran kita untuk bahagia...macam entri ko berjalan la tanpa henti...kalo kita berhenti kita tak kan tau apa d hadapan sana ada sinar bahagia atau tidk..mencuba itu lebih baik dari tak cuba langsung kan heehhe

    ReplyDelete
  2. maceh dgn kata semangat itu..
    Mencuba itu lebih baik..kn? =)

    ReplyDelete
  3. walau cemana pon..kita kena harungi hidup kita dengan tabah ya

    walaupon kita rasa kita susah/teruk..ada lagi yang rasa lebih teruk tau dari kita.

    so haruslah kita bersyukur dengan apa yg kita ada skg :)

    salam kenal ya sayang~

    ReplyDelete
  4. Betol tu..
    yui setuju sgt,byk lg org yg lebih menderita..
    Tuhan menduga kita kerana dia syangkn kita..kn? ( slalu sgt sebut 'kn')heee

    ReplyDelete