2/07/2011

Belaian jiwaku..




Wahai teman hatiku 

Sejenak aku mengenalinya aku rasa ingin menyayanginya...
sekarang aku menyayanginya..
selamanya aku aku ingin memiliki dan menyintainya..

Benar katanya..
hati mana yang mampu bertahan andai banyak gelora yang melanda..
bila hati telah goyah maka cinta akan hilang..
Tapi itu katanya..

Cinta itu suatu yang suci, 
hanya kita yang mengotori tanpa kita sedari..
Tidak ku nafikan bahawa hati manusia ini sentiasa berubah..
Hati kita bagai pasir di tepian..
mudah berlalu bila ada ombak yang melanda..
terlupa seketika cinta itu milik Allah..
 

Bagi diriku..
aku tiada alasan yang tepat kenapa aku menyintai dia..
andai ditanya mungkin sahaja aku akan terdiam..
Sebab dia terlalu istimewah..
tiada kata yang mampu aku ungkapkan tentangnya..

Allah menemukan aku dengannya..
dan Dia hadirkan kasih sayang itu dalam hatiku..
Dia biarkan rindu ini subur ditaman hatiku.. 

Teman di dalam hatiku.. 
Sakit yang kau lalui itu bukan penghalang yang nyata bagiku..
ketahuilah bahawa aku hanya inginkan dirimu...
Andai disusun beribu insan dihadapan ku..
dirimu juga yang ku cari..

wahai belaian jiwaku ..
Aku mencintaimu kerana agama yang adamu,
andai tiada agama itu dari hatimu..
maka aku akan pergi meninggalkanmu...

0 comments:

Post a Comment