Balik pada tajuk di atas, ia buat aku berfikir panjang tentang sesuatu, tentang kehidupan yang kita sendiri tentukan..pernah tak dengar pepatah ni "belajar dari kesilapan" ? Mesti pernah dengarkan..hehe..
Kadangkala kita terlalu leka dengan kehidupan, leka dengan keseronokan, kemewahan sampai menganayai diri sendiri. Kita sibuk mengejar duniawi sampai kita lupa arah tujuan kita hidup,lupa akan janji Allah..hilang pedoman hidup sampai satu masa kita tidak kenal siapa diri kita sebenarnya..
sebagai insan yang sering melakukan kesilapan, kita akan belajar sesuatu dari kesilapan itu dan mengenal serta menghargai erti kehidupan yang sebenar walau seteruk mana pun kesilapan yang kita lakukan..
Thanks to Mr.Google |
Kesilapan itu memberi kita seribu pengajaran yang perlu kita fikirkan dan ia akan mematangkan kita dalam setiap tindakan dan keputusan yang kita buat..dan kita bukan sesiapa untuk mempertikaikan serta menghukum insan yang telah membuat kesilapan kerana kita juga insan biasa yang sering melakukan kesilapan...terimalah ia dengan hati yang terbuka..
Maaf andai penulisan ini tak seberapa,ianya hasil dari insan yang tak seberapa dan hanya berteman dengan ruangan yang sepi tanpa suara..