3/15/2011

Telah Tersurat Dalam Al-Quran Tsunami Melanda Jepun



1. Tarikh yg berlaku adalah pada  11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah or 6/4/1432.
2. so dengan tahun 1432 di pecahkan 14 || 32.
3. Jawapanya Jujuz ke 14 Quran.
4. Dan bulan 4. 

Rahsia  angka tahun ini :  Jujuz 14 Ayat Quran ke 4. 
 Rujuk di Quran. 

1. Jujuz 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke  4 dari surah AL Hijir menyatakan
 "Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya". 

2. Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Seedai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138)
 so dlm 1432, 14 dh di ketahui Jujuz Al Quran. maka yang di pecahkan 14 || 32 so di pecahkan lagi 3|2 ,so now secret no adalah 3. 
 di ambil pula lokasi latititude dan longitude. 
 3+6+1+3+8 = 21
so next 2+1 = 3
proved *. yg di maksudkan dengan no 3 adalah negara jepun. 
Dan di dalam jepun jugak terdapat banyak wilayah.. maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38'15 dan Longtitude 140'53
 makan 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30 
so next 3+0 = 3. 
*proved wilayah yang tuhan maksudkan dgn angka 3 adalah Wilayah Seedai di Jepun. 

3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6
 msa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia.. gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun.. 
 so 1+4+4+6 =15 
so next 1+5 = 6
*proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku. 

4. Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14||32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1||4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. so angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat. 

5. Lihat.. betapa benarnya ayat al quran. segala yang  di nyatakan tetap berlaku. walaupun suduh berabad kitab Quran di turunkan. 

6. Walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun.. Al-Quran tetap bagi sepanjang zaman. 

7. Di percayai banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat di ketahui di dalam tarikh ini. namun sekadar ini pun telah membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulia Al-Quran. dan segala yang di ungkapkan di dalamnya

8. WauAllahhu Allam. 

P/S : Di persilakan untuk share. bg mengingati kite kembali tentang segala perkara yang terkandung di dalam Al-Quran adalah benar buat selamanya. mahupun di dunia atau pun akhirat. 

Happy Time

Air yang mengalir sungguh sejuk..best!! windu nak mandi air yang mengalir dari air terjun.. Kat Sabah selalu juga bila balik Keningau tempat my dad, air dia sejuk sangat~~~


yang  ni makanan bekfest aku.. ok,jangan la simpati sangat dengan aku  bila aku cakap bun and telur tu 1st aku rasa..sangat sedap!!!!

 
okei!! ne rakan-rakan seperjuangan yang bersama-sama naik gunung hari tu..semua muka ceria, coz baru pas abis bekfes.. (> <) y

 kami berjaya naik gunung tapi sebenarnya baru kaki gunung la..hehhee..Tapi ok apa? at least ada daki juga..

Dengan hikmah kita meneroka!!!

Cerita Naik Gunung

Aku nak cerita pengalaman aku naik Gunung Lambak ni. Memang best sangat..Nak di jadikan cerita hanya 7 orang je yang pergi..Mula memang pakat nak join ramai-ramai tapi oleh kerana pagi tu ada perlawanan bola sepak MU Vs Arsenal so ramai juga la yang tak sanggup bangun pagi termasuk aku,ngee!!

Tapi aku bukan sebab tengok bola, sebab malam tu aku tak dapat tidur so lewatlah aku tidur..Mengenangkan aku yang beriya-iya ajak so aku kena juga gagahkan diri pergi mandi pagi-pagi tu..perghh!! sejuk giler~~

Cun-dun jugalah hari tu ada big event. Seramai 2000 pelajar cina yang ikut mendaki dari seluruh Malaysia. Nak masuk Book Of Record katanya. Dari budak kecil sampai orang tua pun join..Larat juga ea? hmm~~

Ada dua fasa nak daki Gunung Lambak ni (aku yang pandai-pandai cakap ada fasa), Fasa pertama adalah dalam 700m dengan 45 darjah cerunnya. Dan fasa kedua 700m,lagi cerun dan mencabar. Track memang ada tapi kalu tak hati-hati memang boleh jatuh sebab licin dan agak mencabar juga. Aku punya kaki naik lenguh dah,tapi semangat nak naik puncak tu kuat so kena tahanlah kan??!

Memang tak dinafikan, cantik sungguh pemandangan dalam hutan tu, siap ada air mengalir lagi. Sungguh tenang, sangat sesuai untuk release tension dengan aktiviti riadah yang sihat. Aku pernah juga hiking dulu dekat Sepilok Laut (Sandakan) tapi sebab banyak pacat so aku jadi tak enjoy and takut binatang tu gigit aku..huhu

Member aku sorang ni dah pucat giler muka dia, sebab sehari sebelum tu dia derma darah ditambah lagi dia tak bekfes pun. Dahlah tu tak pakai baju proper lagi tu, siap pakai jeans and selipar.. sebab dia ingat Gunung Lambak tu macam Bukit Soga..adakah?

Dia kata "aku tengok atas,tensen sebab masih tinggi..tengok bawah, kelam pandanganku.." Tapi cian dengan dia.. Aku pula rasa bersalah tengok dia camtu sebab aku yang beriya-iya pujuk dia join sama..Maaf ye Haniff..Nasib baik ada pakcik Mansur yang sudi tolong dan temankan kita orang meneruskan perjalanan.

Tapi kita orang tak sampai puncak pun, berpeluh-peluh dah kita orang tapi rupanya baru sampai "SELAMAT DATANG"??!! Perghh!! terbaek punya gunung...haha..Rupanya kami belum pun mendaki gunung, baru warming up rupanya..hahaha..

Tapi memandangkan member dah tak larat so kami pun decided balik ja.. Aku tak hampa langsung pun walaupun niat memang nak naik sampai puncak sebab hari tu aku belajar banyak benda baru..dari aku buang masa dok terperap dalam bilik and tidor..??

Next time kita naik lagi. kali ni mesti sampai puncak!! Pakcik Mansur pun dah bagi green light. Kalau nak naik gunung bagitau je dia. boleh join sama memandangkan memang hobi dia naik gunung..kan best aktiviti macam ni. Di samping kita dapat keluarkan peluh, kita dapat juga tambah kenalan..Mana tau dia ada anak lelaki?? heee..acah je...

3/14/2011

Penat Dan Geram!!!!




Geram!!!!!

Mana tak geram, aku dah semangat nak pergi kelas DSP ( Digital Signal Processing ). Dr. kata ada kuiz malam ni so nak and tak nak kena juga datang. Terkejar-kejar aku pegi kelas sedangkan perut lapar tahap gaban tapi....

Aik?!!! Asal takda orang ni, tepon Aciq,tak angkat. Then tepon Kak.Mila, Rupanya kelas batal..adakah??! 

Kak mila minta maaf sebab tak bagitau, tapi bukan salah dia pun. Padan muka aku sebab ponteng kelas ekonomi tadi..Tu pasal aku tak taw kelas rupanya dibatalkan dan di gantikan hari rabu nanti..

Aku suka sangat ponteng kelas ekonomi nie, bukan pa..aku tak paham apa lecture tu ajar. Bagi aku bagus lagi aku study sendiri dari aku masuk kelas..boleh ke aku pikir camtu? Boring sangat sebab semua membaca..sampai dia cakap kat kita orang.."Patut kamu blur,sebab langsung tak da basic ekonomi,saya pun ikut blur juga..heee"

Tapi sebenarnya lecture tu baik, yang kurang baiknya subject tu..ngeee!! adakah?


3/13/2011

Wahai Si Gunung Lambak!!!

salam..


Hari ini aku penuhkan hariku dengan menemankan rumate aku derma darah tapi nasib tak menyebelahi dia. Jam 2 dah tutup?? awal giler..Sepatutnya aku pun nak derma juga tapi....


Esok aku kena bangun awal pagi sebab nak daki gunung Lambak kat Kluang..perghh!! memang aku teruja giler tahap gaban..sebab itulah aku batalkan niat nak derma darah...ngeee!


Tak tahulah kenapa aku excited giler, biasa bila member aku ajak keluar, aku dengan sopan akan menolak tapi tidak kali ni, aku lagi semangat ajak dorang, siap pujuk kot..ngeee!

Tapi, bila aku post je pasal ni..adalah makluk Tuhan tu, mengata bagai dia, dia cakap camne..


"lau nak jinak2 naik dulu..tak perlu lah gunung blkng pasar lambak tu...bukit botak ladang kelapa sawit pun dah cukup la..."


Then hati aku pun berbisik..mamat ni asal pulak? Terfikir sepatutnya dia bagi semangat dan sikit nasihat memandangkan dia dah daki Gunung Kinabalu (konon).. nie tak, nak mengata lagi adalah..Bila bangsa kita nak maju? Kalau kita sendiri yang merendah-rendahkan bangsa sendiri, bangsa lain lagi lah...


Bagi aku, orang yang begini sikapnya, belum matang dalam menjalani kehidupan. Bercakap sesedap mulut tanpa fikir akan kesannya. Mungkin dia sudah tua, pengalaman pun banyak tapi sayang dia tak belajar dan fahami nilai pengalaman tersebut. Moga dia diberi hidayah..


Biarlah dia, janji aku bahagia. tak kisah lah Gunung Lambak tu serendah mana, janji hujung minggu ni aku naik gunung!! ngeeee...!! minta aku tak semput, al-maklum aku ni ada asma..


Gunung Lambak!! nantikan kunjung ku..Dalam entry lain aku story pasal pengalaman pertama aku naik gunung..ok? heeee


...moga aku selamat tiba

3/12/2011

Biar Kasih Itu Pergi..


...biarkan ia pergi




















Masih berharap kebahagian itu kembali lagi..
kasih itu akan subur mewangi..
Dia jauh tapi sentiasa dekat di hati..
Sungguh dialah kasih di hujung hati..

Dia penawar duka dan sepi.
Silap aku terlalu bergantung kasih..
Mengharap pada yang tak pasti..
kini memakan diri..

Mungkin luarku gembira 
Tapi hati menangis hiba
selepas ku  lalui duka
Kuharap akan ada sinar bahagia

Biarlah awan mendung ini berlalu..
sujud ku mohon agar mampu berdiri teguh..
dan pertemukan kasih yang memang tercipta untukku..
Allah itu lagi maha tahu..

3/11/2011

Aku Rapuh Mencintaimu...

....sekadar hiasan

kala ini hati ku berperang hebat..aku keliru antara kasih dan kebenaran, kasih yang ku belai dan hampir memakan diri, kebenaran yang aku sendiri tidak pasti akan benarnya.. ingin ku singkap namun tak pernah kesampaian lantaran hati takut menerima kebenaran yang sememangnya akan menyakitkan..

ku persembahkan padamu makna sebuah cinta dan rindu. Sebuah penantian yang tiada akhirnya, aku akur dengan uniknya cinta kita. ku bina kubu yang teguh untuk terus mempercayai cinta ini..

Tapi sampai bila harus aku sendirian yang membina tugu ini? Aku lelah untuk bertahan, resah mencengkam jiwa. Pengorbanan ku di persia begitu saja..

Bercinta itu sunggup mudah, jatuh cinta dan menyayangi seseorang. Tapi pengisian dalam cinta itu amat sukar demi mengekalkan keharmonian perhubungan. Cinta bukan semata-mata bersama si dia, tapi cinta juga memerlukan pengorbanan yang tak ternilai, kejujuran yang tiada tersembunyi dan kesetiaan yang tiada tandingnya..

cinta tak semestinya bersatu dan andai perpisahan kini yang terjadi aku redha. Apalah daya ku melawan takdir yang telah tersurat untukku..

Sepi Itu Apa...

Sepi tanpa kata..
kelu lidah untuk berbicara..
ku kehilangan kata-kata..
kini bicara hati tiada siapa ingin mendengar lagi..
tiada madah dan irama yang berlagu di hati..
sunyi dan sepi bagai menanti mati..

3/09/2011

3/06/2011

ku ingin kamu..

ku ingin kamu..


Cinta itu suatu keindahan, kedamaian dan kebahagiaan. Lantaran itu banyak insan yang mengejar cinta. Apa sebenarnya cinta? Pada aku cinta itu sungguh subjective yang boleh kita terjemaahkan dalam banyak makna.

Dalam bercinta juga kita perlukan sebuah kesetiaan dan kepercayaan, andai tiada suma itu maka tidak bermaknalah sebuah cinta. jadi mengapa perlu berahsia antara kita? Dimana nilai kepercayaan yang ada pada sang pencinta? andai sekelumit pun ia berikan, pasti aku sungguh bahagia..
ku ingin disampingmu

Pengalaman lalu membuatkan aku lebih takut untuk bercinta  dan sangat berhati-hati terhadap insan yang bernama lelaki. sampai suatu ketika aku rasakan seolah aku membenci lelaki, aku tiada apa yang tinggal hanya kerana seorang lelaki. seluruh jiwaku telah ku berikan,tiada apa yang tinggal andai dia tinggalkan aku..

Aku mungkin bukan sang pencinta sejati, aku mencintai dia apa adanya dan aku juga mengarapkan demikian. aku bukan manusia yang sempurna. Sampai bila aku harus bertahan?

akan kah berbaloi pengorbankan ku buat insan bernama lelaki yang bertahta di hati? 

sungguh, aku penat walaupun jauh di sudut hati aku sangat meyayangnya, sangat memerlukannya tapi sanggupkah ku biarkan diri seolah di permainkan? persoalan ini yang sering timbul di minda..

wahai lelakiku..bisa kah kau mengerti hati ini? gundahnya hati seorang wanita yang ingin dicintaimu. selamanya aku masih inginkan mu..


3/04/2011

Terlanjur Mencintaimu...

berikan ku kekuatan


Ya Allah S.W.T
Aku syukuri nikmat pemberian-Mu
Kerana rahmat-Mu membawaku ke alam bahagia..
Kerana cinta-Mu membawaku erti dewasa..
Kerana kasih-Mu membawa secebis cinta..


Disini ku hidup dengan nadi tak bernyawa,
menghela nafas sesaknya masih terasa,
meniti dosa kerana alpa terhadap-Nya
dimanakah jalan menuju sirna cahaya?

mungkin ketabahan ini suatu kepiluan?
mungkin kegirangan ini suatu kehilangan?
mungkin kegembiraan ini suatu kedukaan?
dan ku tempuhi segalanya dengan kesabaran..

3/03/2011

Duka Sekeping Hati

duka sekeping hati
Kadang aku tabah untuk lalui semua dugaan ini, Tp kadang aku terasa seolah aku ingin mengalah dan berlalu. dunia seolah tak adil untuk aku. aku tak ada hak unutk mengatakan demikain, aku hanya insan kerdil yang hanya menumpang di bumi tuhan ini.

Satu  persatu masalah yang aku alami, semua seolah-olah menguji kekuatan hati ini. Ada ketika aku kuat tapi ada ketika aku lemah selemahnya..

Andai insan lain akan menangis dan bersedih dengan penyakit yang ayah aku lalui, tapi tidak aku..memang aku simpati denganya tapi untuk rasa sedih tidak..seolah tak akan lahir perasaan itu untuknya. Jangan tanya aku, kerana aku pun tidak tahu, ku tanya hati, dimanakah rasa sedih itu? kenapa air mata ini tidak mengalir?

Mereka kata yang aku ini menjauh, mereka silap,aku tidak pernah menjauh tapi ibubapa aku yang menjauh dari aku..aku kah yang salah? mereka kata aku berpelajaran jadinya aku kena lebih memahami..tapi mereka lupa akan kisah yang aku lalui, mereka tidak merasakan..katalah aku ini anak derhaka, tak kenang budi dan apa sahaja yang sekutu denganya..tapi kebenarannya, aku tak dapat lakukan sesuatu yang bukan lahir dari hati dan minda ku..

akukah yang keji sampai semua itu seolah salah ku? sedangkan mereka tidak pernah memahami sengsara dan duka ku...