3/15/2011

Cerita Naik Gunung

Aku nak cerita pengalaman aku naik Gunung Lambak ni. Memang best sangat..Nak di jadikan cerita hanya 7 orang je yang pergi..Mula memang pakat nak join ramai-ramai tapi oleh kerana pagi tu ada perlawanan bola sepak MU Vs Arsenal so ramai juga la yang tak sanggup bangun pagi termasuk aku,ngee!!

Tapi aku bukan sebab tengok bola, sebab malam tu aku tak dapat tidur so lewatlah aku tidur..Mengenangkan aku yang beriya-iya ajak so aku kena juga gagahkan diri pergi mandi pagi-pagi tu..perghh!! sejuk giler~~

Cun-dun jugalah hari tu ada big event. Seramai 2000 pelajar cina yang ikut mendaki dari seluruh Malaysia. Nak masuk Book Of Record katanya. Dari budak kecil sampai orang tua pun join..Larat juga ea? hmm~~

Ada dua fasa nak daki Gunung Lambak ni (aku yang pandai-pandai cakap ada fasa), Fasa pertama adalah dalam 700m dengan 45 darjah cerunnya. Dan fasa kedua 700m,lagi cerun dan mencabar. Track memang ada tapi kalu tak hati-hati memang boleh jatuh sebab licin dan agak mencabar juga. Aku punya kaki naik lenguh dah,tapi semangat nak naik puncak tu kuat so kena tahanlah kan??!

Memang tak dinafikan, cantik sungguh pemandangan dalam hutan tu, siap ada air mengalir lagi. Sungguh tenang, sangat sesuai untuk release tension dengan aktiviti riadah yang sihat. Aku pernah juga hiking dulu dekat Sepilok Laut (Sandakan) tapi sebab banyak pacat so aku jadi tak enjoy and takut binatang tu gigit aku..huhu

Member aku sorang ni dah pucat giler muka dia, sebab sehari sebelum tu dia derma darah ditambah lagi dia tak bekfes pun. Dahlah tu tak pakai baju proper lagi tu, siap pakai jeans and selipar.. sebab dia ingat Gunung Lambak tu macam Bukit Soga..adakah?

Dia kata "aku tengok atas,tensen sebab masih tinggi..tengok bawah, kelam pandanganku.." Tapi cian dengan dia.. Aku pula rasa bersalah tengok dia camtu sebab aku yang beriya-iya pujuk dia join sama..Maaf ye Haniff..Nasib baik ada pakcik Mansur yang sudi tolong dan temankan kita orang meneruskan perjalanan.

Tapi kita orang tak sampai puncak pun, berpeluh-peluh dah kita orang tapi rupanya baru sampai "SELAMAT DATANG"??!! Perghh!! terbaek punya gunung...haha..Rupanya kami belum pun mendaki gunung, baru warming up rupanya..hahaha..

Tapi memandangkan member dah tak larat so kami pun decided balik ja.. Aku tak hampa langsung pun walaupun niat memang nak naik sampai puncak sebab hari tu aku belajar banyak benda baru..dari aku buang masa dok terperap dalam bilik and tidor..??

Next time kita naik lagi. kali ni mesti sampai puncak!! Pakcik Mansur pun dah bagi green light. Kalau nak naik gunung bagitau je dia. boleh join sama memandangkan memang hobi dia naik gunung..kan best aktiviti macam ni. Di samping kita dapat keluarkan peluh, kita dapat juga tambah kenalan..Mana tau dia ada anak lelaki?? heee..acah je...

1 comment: