2/03/2011

Air vs Ais = ??


Antara air dan ais (air beku)..Apa yang dapat difikirkan oleh kalian? Entri ini bukan ingin bercerita pasal minuman atau seumpamanya tapi aku ingin kaitankan ia tentang kehidupan..

Air dan ais sesuatu yang pada dasarnya berbeza dari segi fizikal..Lihat keadaan mereka, air bersifat cecair manakala ais pula bersifat beku. Apa yang membezakan mereka adalah suhu, andai sahaja air itu diletakkan pada suhu yang sangat rendah maka ia akan membentuk ais (air beku), begitu juga sebaliknya jika ais diletakkan pada suhu biasa ia akan menjadi air...kan?

Andai kita campurkan air dan ais,kita akan dapat menikmati nikmatnya air sejuk, kena lagi masa cuaca panas..memang kena sangat..



Apa kaitannya dengan kehidupan? yup, memang ada kaitan dan ia sangat berkait rapat, sesungguhnya Allah tidak mencipta sesuatu itu dengan sia-sia cuma kita sebagai insan lemah tidak mahu memikirkan semua itu..
kita semua punya perbezaan, berbeza dari semua segi, rupa, harta, kedudukan, pangkat dan banyak lagi tapi kita punya satu persamaan...apa dia? Fikir-fikirkanlah... =)

Berbeza tapi comelkan?

Contohnya dalam bercinta, hampir semua pasangan yang bercinta tidak memiliki persamaan..Ramai yang bergaduh dan putus kerana perbezaan itu..mungkin faktor kematangan fikiran, ilmu dan juga pengalaman selain tiada jodoh yang menyebabkan ianya terputus...

Tapi kita lupa dan terlepas pandang akan sesuatu, kita ego untuk menerima dan juga memahami ia.. perbezaan itu sebenarnya saling melengkapi dan membahagiakan hidup kita andai kita tahu caranya.. tiada cost untuk itu, hanya perlu sedikit pergorbanan dan keihklasan untuk mencapai kebahagian dalam mencari rehda ilahi..

Pengorbanan masa untuk kita memahami dan keihklasan kita dalam menerima pasangan kita, baik dan buruknya... kita perlu terima dengan seadanya dia..saling memberi dan menerima, bertolak ansur, jujur serta keterbukaan kita dalam perhubangan itu penting..

 Perfect LOve 
Macam juga air dan ais, sama ada ingin berubah sifat atau campurkan sahaja ia..Kalau buat air sejuk best juga kan..? hee..begitu juga kita,ingin berubah ke arah kebaikan untuk mendapatkan hubungan yang lebih baik atau kita menerima pasangan kita dengan hati yang terbuka..terpulang pada anda, kerana tujuannya hanya satu iaitu ingin bahagia bersama dan menuju ke taman syurga...

Yang pasti tiada jalan singkat dalam mencapai kebahagian, pengorbanan itu perlu ada baru kita akan menghargai sebuah kasih sayang dalam perhubungan kita sesama manusia dan makluk Allah..

4 comments:

  1. salam....
    usaha doa dan tawakal...

    ReplyDelete
  2. betul..sentiasa bdoa moga dpertemukan dgn jodoh yang baik2..

    ReplyDelete
  3. kadang2 jodoh dtg dlm keadaan kita xbersedia.....so doa dan tawakkal insyallah...

    ReplyDelete
  4. ermm...datang dlm keadaan kita xsedia tu yg susah..harap kita xmgalami jlan yg sukar la kn..

    ReplyDelete