2/04/2011

Cukup sampai disini..

Apa erti teman andai ia mengkianati kita? Benar,semua orang pernah buat salah..macam yang pernah aku katakan sebelum ini. Dan aku juga sudah memaafkan ia, tulus dari hati kecil ku. Mungkin aku mudah memaafkan tapi aku bukan jenis mudah untuk melupakan. Bila kepercayaan yang aku berikan tapi dibalas dengan kianat maka sukar untukku mempercayainya kembali..

Bunyinya seolah aku jenis pendendam, mungkin juga tapi aku hanya ingin mempertahankan diriku dari diperlakukan sesuka hati mereka..cakaplah sebanyak mana yang kamu suka tentang diriku, tidak pernah ku ambil kisah sebab hanya aku yang tahu siapa diriku..umpatlah sebanyak mana pun, sebab aku mungkin dapat credit dari tu..50posen pun ok juga tu..hehe




Ego? Degil? Eya,itu memang diriku..aku akui itu adalah kelemahan ku, Ego dalam melafazkan maaf dan degil untuk mendengar kata mereka..Tapi aku tahu kenapa aku begitu.. Sukar untuk melafaz maaf sebab aku tahu ada sesetengah benda bukan salah aku..degil bila aku rasa apa yang aku buat itu adalah betul, maka aku tidak akan ikut kata orang..aku tak mahu menyesal kemudian. menjadi hak aku untuk menentukan perjalanan hidupku..kan? Jadi, salahkan aku bersikap demikian?

 Aku cuba memahami insan-insan disekelilingku, melihat pada kebaikan mereka sahaja..menerima kekurangan dan kelebihan mereka tanpa banyak soal.. Tapi aku tidak akan sesekali menerima andai ada pihak yang berani menghukum dan melabelkan diriku.. aku tidak pernah beri kebenaran untuk itu..

Pening bila fikir tentang perangai orang, susah bila kita tiada sefahaman dalam mengharmonikan hubangan itu, aku tak mahu fikirkan tentang perangai orang sebab mereka adalah mereka, aku cuba untuk ikut rentak mereka, cuba jaga hati mereka tapi aku gagal.. aku perlu jadi diriku sendiri..


Banyak kelemahan diri yang perlu aku perbaiki tapi ia bukan point untuk meyakiti hatiku..Sebenarnya perkataan maaf itu bukan menunjukkan kita lemah tapi itu menunjukkan keperibadian yang mulia,merendah diri...betul tak? Moga lepas ini aku mudah melafazkan kata maaf,..

Wahai teman.. 
Maaf andai aku gagal menjadi sahabat yang baik.. 
Terima kasih kerana pernah menjadi temanku..
Akan ku kenang kebaikan mu itu..
Moga Allah sentiasa merahmati dirimu teman..

2 comments:

  1. bukan kawan namanya kalo dh makan kawan..so tk peru kot nak ade kwn yg mcm tu..:)

    ReplyDelete
  2. Ermm betul tapi mgkin dia ada sebab sendiri kan? sebab yang kita xtahu.. :(

    ReplyDelete