2/06/2011

Tugas seorang pembancing...

Salam semua...


Maceh datang dan baca entri aku ni..maaf andai bahasa yang aku olah tak menarik.. budak comel baru belajar katakan (perasan!!) heee...Meh duduk diam-diam dulu, aku nak bagitahu satu cerita  tentang orang nak pergi temuduga..


comel dan ayu lagi comel dari yang ni  ;p


Begini ceritannya..pada suatu pagi yang indah. Adalah hamba Allah ni yang teruja bersiap nak pergi temuduga di Jabatan Perangkaan untuk jawatan tukang banci..Dia tak pergi berseorangan,ada juga kawan yang sama-sama dapat temuduga untuk jawatan tersebut so mereka pun pergilah sama-sama...biar aku kenalkan dulu mereka ni.Nama dorang ni comel dan ayu ( bukan nama sebenar).


Dalam perjalanan pergi pejabat tu, si comel ni hairan juga tengok si ayu ni..sibuk sangat dia membaca, siap bawa note lagi tu. kalau sikit takpa juga..note dia mengalahkan orang nak pergi exam. Kan biasa ada juga orang bawa note masa nak pegi dewan exam..(aku lah tu,bacanya tak sempat pun...hee) 


Memandangkan si comel ni tak buat persiapan nak pegi interview so dia pun da gemuruh bagai la jadinya..Tapi still berlagak tenang sedangkan dalam hati Tuhan je tahu nevesnya..kena lagi turn si ayu tu lambat sikit dari si comel kalau tak, boleh tanya si ayu apa je yang tukang interview tu tanya...ermmm malang betul...


Tiba turn si comel,dengan lafaz bismillah dia melangkah masuk bilik tu.Tuan punya bilik tu namanya En.Amir (bukan nama sebenar), orangnya taklah hensem tapi manis tu ada.heee (sempat lagi cuci mata)


Macam biasalah time interview ni, kena intro diri then background family sikit-sikit, tanya pasal pengalaman dan macam-macam lagilah..so far si comel ni dapat lagi jawap dengan jayanya..Then soalan tentang Jabatan pula..




En.Amir : Apa misi dan visi Jabatan ni yang awak tahu?


Comel :Visi jabatan perangkaan ialah Menjadi Sebuah Organisasi Statistik Yang Terbilang Di Dunia Menjelang 2020.Manakala misinya ialah Penjana Statistik Negara yang berintegriti dan reliable untuk perancangan dan pembangunan nasional melalui empat kaedah iaitu Penggunaan metodologi dan amalan terbaik,Penyelidikan dan analisis statistik yang berterusan, Penggunaan teknologi yang terbaik dan akhir sekali Modal insan yang kompeten dan berinovasi..(sambil tersenyum lebar..melekat juga ilmu yang aku baca masa dalam perjalanan tadi.)


En.Amir : ok...Apa yang kamu tahu tentang tugas seorang pembanci?


Comel : Huh? ermmm...(biar betul soalan dia ni..takkanlah dia tanya soalan begini..arr jawap je lah)....ok,tugas-tugas seorang pemancing ialah sebelum pergi memancing kita kenalah sediakan peralatan-peralatan yang berkaitan contohnya, joran, umpan dan juga mata kail...


En. Amir :Apa dia?


Comel :(Ish,dia ni pekak ke? jelas aku cakap tadi..tu lah potong cakap orang lagi) ermmmm....Tugas seorang pemancing ialah sebelum pergi memancing kita kenalah sediakan peralatan-peralatan yang berkaitan contohnya, joran, umpan dan juga mata kail......
(kenapa muka dia bekerut seribu ea?) Eh, tadi En tanya apa ya?Tugas seorang pemancingkan? (muka blur)


En. Amir :Saya tanya kamu apa tugas seorang pembanci...


Comel :Arrr.?hehe..ermmmm..(sambil tersenyum cam kerang busuk.. Adoi!!! malunya, macam aku nak sorok je muka kat bawah meja ni..)


En. Amir :Tak da idea? 


Comel :Hehe...(sambil mengeleng dengan muka blushing...)


En.Amir :Tugas seorang pembanci ialah mengumpul dan mentafsirkan perangkaan bagi tujuan pembentukan atau pelaksanaan dasar-dasar kerajaan dalam apa juga bidang yang diperlukan oleh kerajaan . selain itu Ia juga menyebar perangkaan yang telah dikumpul bukan sahaja kepada agensi-agensi kerajaan, tetapi juga kepada pihak-pihak berkuasa atau orang-orang yang mana maklumat itu berguna untuk mereka..


Comel :oooo~~~(panjang je bunyi,wahal dalam hati nak cepat-cepat je bla..tak sanggup duduk lama lagi)


oh!! mana aku nak letak muka ni




Moral of the story : 
1. Sebelum pergi interview tu, buatlah persediaan yang cukup supaya dapat jawap dengan baik..
2. Paling penting, dengar baik-baik dulu before jawap soalan tu, kan tak pasal-pasal malu..huhuhu...

7 comments:

  1. pergh.. terbaek aa time jawab soalan misi ngan visi jabatan.. cam sejibik dalam buku tuh~ tp ayat pemancing memang xleh blah~ huhu.. semoga berjaya mendpt jawatan tersebut!

    ReplyDelete
  2. Kyo : tak payah nak mgharap dapat jawatan 2 coz mmg xdapt pon..haha
    angelo : pembanci + pemancing = pembancing

    ReplyDelete
  3. mcm2 pe'el manusia nih
    hehehhe

    Salam new blogger

    nice blog...hehehe

    jom singgah blog saya

    http://zubir5588.blogspot.com
    \segala komen dan cadangan adalah amat dialu-alukan...tq

    ReplyDelete
  4. adoi..serius ko terkena doe..malu2..haha

    ReplyDelete